Al-kisah, tersebut cerita mengenai sebuah kerajaan yang telah menjadiakn perlembagaannya melantik seorang raja yang memerintah untuk suatu tempoh tertentu, kira-kira 10 tahun.
Mereka mensyaratkan ke atas orang yang setuju dilantik menduduki takhta kerajaan itu, apabila tempoh pemerintahannya tamat, hendaklah dia pergi ke padang pasir yang tandus, tanpa air dan tumbuhan. Di situ dia disuruh tinggal tanpa sebarang makanan & minuman. Tiada sesiapa yang dibenarkan membawa makanan & air kepadanya, sehingga dia menemui ajalnya dengan kebuluran & kehausan di padang pasir yang sunyi sepi itu.
Pada suatu hari, seorang perantau telah datang ke negeri itu. Dia mendapati penduduk-penduduk negeri itu berada dalam kekecohan. Dia lalu bertanya, mengapa agaknya penduduk-penduduk negeri itu dalam keadaan sebok & kecoh. Jawab mereka, "Kami tidak mendapati seorang pun dalam negeri ini yang sanggup dilantik menjadi raja. Orang-orang asing pun tidak ada yang sanggup."
Mereka lalu bertanya, "Sanggupkah tuan menerimanya?" Ujar orang itu, "Mengapa tidak? Adakah orang yang berakal menolak tawaran menjadi raja?" Mereka berkata, "Tahukah tuan apakah syarat sebelum lantikan itu diterima & apa yang akan terjadi kesudahannya?" Perantau itu lalu bertanya, "Apakah syaratnya?" Mereka kemudian menjelaskan syarat menjadi raja kepada perantau tersebut.
Mendengar syarat ini, perantau itu terpegun seketika & kemudian membuka mulut bertanya, "Adakah ada lagi syarat lain berhubung dengan pelantikan raja ini?" Jawab mereka, "Itu saja syaratnya.."
Perantau itu diam & menundukkan kepala sambil memikirkan sesuatu helah yang hendak dilakukan. Perantau itu adalah seorang yang pintar & cerdik. Selepas merenung panjang, dia pun memberi persetujuan, menyatakan kesanggupannya untuk menerima perlantikan tersebut.
Setelah dilantik menjadi raja, perantau ini terus menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi & kebijaksanaan. Pemerintahannya dilaksanakan dengan penuh keadilan. Rakyat jelata amatlah sukacita dengan pemerintahannya. Kehidupan mereka aman & makmur.
Dalam tempoh pemerintahan tersebut, beliau berusaha bersungguh-sungguh mengimarahkan padang pasir itu. Dia mengerah para jurutera untuk merancang pembinaan taman-taman, kebun-kebun & istana-istana yang indah beserta tukang-tukang & pekerja-pekerja yang ramai dengan membawa alat kelengkapan yang secukupnya serta binatang-binatang ternakan agar rancangannya berjaya.
Tidak lama selepas itu, maka selesailah kerja-kerja yang dirancang. Sungai & parit digali untuk dialirkan air ke dalamnya & tumbuhlah tanaman-tanaman dengan hasil pertanian yang subur. Di samping istana yang tersergam untuk raja, didirikan juga bangunan-bangunan kediaman untuk sesiapa yang mahu tinggal bersamanya di situ. padang pasir yang kering kontang itu bertukar wajah menjadi sebuah taman yang indah & subur.
Masa berlalu dengan cepat sedangkan rakyat jelata tidak tahu apa yang dilakukan oleh raja pada padang pasir itu. Apabila tempoh pemerintahan beliah telah tamat, pembeser-pembesar negeri itu pun berkata kepadanya, "Sekarang sudah sampai masanya tuanku memenuhi syaratyang telah dipersetujui dulu."
Raja itu menjawab dengan penuh ketenangan & keriangan, "Baiklah, sekarang, marilah kita pergi!" Gelagat baginda yang begitu tenang itu memeranjatkan orang ramai. Beliau tidak langsung menunjukkan sebarang kebimbangan. Mereka lalu membawa beliau ke padang pasir itu.
Di sana barulah mereka mengetahui rahsia keriangan & ketenangan raja itu apabila mereka menyaksikan dengan mata mereka sendiri bahawa padang pasir itu telah bertukar menjadi bandar dengan bangunan-bangunan yang indah & kebun-kebun yang subur.
Mereka bertanya, "Bagaimana boleh jadi begini tuanku?" Jawab raja itu, "Raja-raja terdahulu dilekakan dengan kenikmatan segera menjadi raja sehingga mereka lupa untuk mengingati hari-hari kesudahan pemerintahan mereka yang pasti tiba. Aku tidak seperti mereka. Sejak dari awal aku menjalankan tadbir & ikhtiar agar dapat aku berpindah selepas tamat tempoh pemerintahanku ke suatu tempat yang permai seperti yang dapat kamu lihat sekarang ini. Di sini aku akan memperoleh kemewahan dan kenikmatan yang berbagai-bagai."
Jawab sekalian yang hadir dengan rasa gembira, "Wahai raja yang bijaksana, tuankulah seorang raja yang sungguh bijaksana! Tiada orang lain yang lebih layak menjadi raja selain tuanku. Baliklah tuanku menduduki semula takhta kerajaan negeri kami. Kami akan tetap taat setia kepada tuanku."
No comments:
Post a Comment