12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk **** hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

PENGGALI KUBUR YANG MENCURI KAIN KAFAN

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, 

“Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

NASIHAT IMAM AL- GHAZALI

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah...... mereka pelajari dan ketahui. 


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. 


5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

BAHAGIA ITU DI DALAM JIWA

Bahagia itu dari dalam diri
Kesan nya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata yang suci
Di dasar hati dia bersembunyi

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di dalam kerajaan diri
Bagai mutiara di lautan nurani
Bersinar terang bila mensyukuri

Ucapkanlah syukur untuk setiap KEGEMBIRAAN
Kerana di situ ALLAH hadirkan KEBAHAGIAAN

Ucapkanlah syukur untuk setiap PENDERITAAN
Kerana di situ ALLAH hadirkan KESABARAN

Ucapkanlah syukur untuk setiap KEMURAHAN
Kerana di situ ALLAH hadirkan KEKAYAAN

Ucapkanlah syukur untuk setiap UJIAN
Kerana di situ ALLAH hadirkan KEKUATAN

Ucapkanlah syukur dalam apa jua KEADAAN
Kerana di situ tanda manis nya IMAN

UKURAN KEJAYAAN

Pada usia 4 tahun, kejayaan anda ialah anda tak kencing dalam seluar,

Pada usia 8 tahun, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,

Pada usia 12 tahun, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,

Pada usia 18 tahun, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,

Pada usia 23 tahun, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)

Pada usia 25 tahun, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,

Pada usia 28 tahun, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,

Pada usia 30 tahun, kejayaan anda ialah mendapat anak,

Pada usia 35 tahun, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),

Pada usia 45 tahun, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,

Pada usia 50 tahun, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,

Pada usia 55 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,

Pada usia 60 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,

Pada usia 65 tahun, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,

Pada usia 70 tahun, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas orang lain,

Pada usia 75 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,

Pada usia 80 tahun, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),

Pada usia 85 tahun, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dalam seluar...

Begitulah dunia (pusingan yang dialami semua hamba).

Kata imam Ghazali...

Yang paling dekat dengan kita ialah MATI...

Kejayaan sebenarnya pada bila-bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:

» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur.
Jangan khuatir dengan ahli waris,
Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!. Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"

JANGAN ADA BENCI

Bila seseorang itu ada perasaan DENGKI pada sahabat nya,

Maka itu TANDA dia MEMBENCI diri nya kerana dia tidak dapat MENGASIHI sahabat nya...

Sebagaimana ia MENCINTAI diri nya,

Bukankah tidak SEMPURNA iman kita sehingga kita MENGASIHI saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita

Baginda Rasulullah SAW:

Dalam diri seseorang yang BERIMAN, Tidak akan ada KEDENGKIAN

(H.R.Imam Muslim , Imam Abu Dawud , Imam An - Nasa' i dan Syeikh Syaibani)

Orang yang ada KEDENGKIAN dalam HIDUPNYA,

HATI nya tidak akan TENTERAM selamanya,

Janganlah KERDILKAN diri mu dengan KESOMBONGAN

Janganlah SEMPITKAN dadamu dengan KEDENGKIAN,
Janganlah KERUHKAN fikiran mu dengan KEMARAHAN

Dan janganlah SAKITKAN kebahagiaan mu dengan BURUK SANGKAAN
 
Para Ulamak telah berkata :

Barangsiapa yang hari ini LEBIH baik dari SEMALAM nya maka inilah orang yang BAHAGIA

Barangsiapa yang hari ini lebih BURUK dari semalamnya maka inilah orang yang CELAKA

Dan barangsiapa yang hari ini dan semalam nya SERUPA sahaja maka inilah orang yang SIA - SIA..

Inilah hidup...

Semakin kita mencari kesempurnaan,

Semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya,

"Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan..."

• Bila tak dapat memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan menghukum.
• Bila tak dapat menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita."

Semoga bermanfaat.

Kesihatan bukan segala-galanya, tapi tanpa kesihatan segalanya tak bererti apa-apa...

Membawa fikir agama di mana-mana...

Semasa kecil dulu, ada seorang ceritakan kisah seorang peniaga yang baru berhijrah ke tempat yang baru. Setelah selesai urusan tempat tinggalnya, peniaga tersebut mula mencari pasar malam tempat dia berniaga dan semuanya dipermudahkan dalam urusan tersebut.

Menjadi satu kerisauan bagi diri dia ialah surau/masjid terlalu jauh dari pasar tersebut dan dia sendiri mengerjakan solat sendirian ketika masuk waktu. Oleh kerana sudah biasa mengerjakan solat secara berjemaah, pada satu malam ketika dia berniaga, dia mengambil keputusan untuk tebalkan muka dengan melaungkan azan ketika masuk waktu.

Di situlah peniaga lain yang sebelum ini mengerjakan solat sendirian mula berjemaah dengan peniaga ini. Bermula dari jemaah yang kecil, dua tiga orang dan semakin lama bilangan yang ikut berjemaah semakin ramai sehingga satu lapangan dikhususkan menjadi ruang solat mereka.

Atas asbab adanya solat berjemaah ini di pasar malam, pihak berwajib mula mendirikan surau untuk kemudahan peniaga & pengunjung pasar malam tersebut. Semuanya bermula dari fikir agama si peniaga tadi yang menjadi asbab hidayah kepada peniaga di sana...

Kerana itulah penting bagi setiap umat Islam ada fikir agama walau di mana dirinya berada...

Oleh Ustaz Uthman Daud حفظه الله

DETIK UMUR

Masa berjalan begitu laju
Tidak pernah berhenti walaupun sedetik
Ertinya detik umur kita meninggalkan kita
Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang
Tapi kita tidak terasa

Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita

Kalaulah kita cintakan dunia
Apa yang kita cinta makin jauh terpisah
Sedangkan Tuhan dan akhirat
Tidak pernah kita cinta, makin dekat

Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai
Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita
Tidak pernah kita cinta

Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa
Yang kita cinta hendak ditinggalkan
Yang tidak cinta akan berhadapan

Aduh! Dua kali penderitaan
Meninggalkan yang kita cinta
Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta

Ingatlah roda umur kita makin laju ke hadapan
Dunia dan yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan

Tidak terfikirkah oleh kita
Apakah yang hendak kita bersama
Untuk satu kehidupan yang begitu lama

Kisah Budak Paling Bodoh Dalam Dunia...

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tengok budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

✿PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”

✿MAMAK : “Awak tengok ni..” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi

“Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

✿MAMAK : ”Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

✿SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

✿AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “Haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story:

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

PERJALANAN TERJAUH DAN TERBERAT


Perjalanan terjauh dan terberat adalah.....
Perjalanan ke MASJID.

Sebab terlalu ramai orang kaya tak mampu mengerjakannya...

Hatta sehari lima kali, yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) boleh terlupa...

Tidak jarang pula...

Ada yang seumur hidup tak pernah pergi kesana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah.....
Perjalanan ke MASJID.

Kerana orang bijak dan pandai pun sering tak mampu menemuinya....

Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Europe dan Amerika, dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.

Namun...ke masjid tetap saja perjalanan yang tak mampu mereka tempuhi, walaupun telah bergelar PHD.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah.....
Perjalanan ke MASJID.

Kerana para pemuda kuat dan berbadan sihat yang mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu dan gunung Tahan pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun bermacam, ada yang berkata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil ustaz.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah.....
Perjalanan ke MASJID.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku....

Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid...

Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalanan mu ke masjid.

Biar aku beritahu rahsia kepadamu,

Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Penciptamu.

Dan itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi, serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Allah S.W.T.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah.....
Perjalanan ke MASJID.

Maka lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal ALLAH.

Tuhan Sekalian Alam yang menjadikan kamu...

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓 Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞 Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞 Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kadan-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadan-kadang mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

💞 Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

💞 Seimbang antara kedua bahunya.

💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞 Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

💞 Warna putihnya lebih banyak.

💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞 Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai Baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

KESIMPULANNYA:

Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

HIDUP ADALAH ...

❤️HIDUP ADALAH  BELAJAR.....
Aku belajar lebih banyak diam daripada banyak bicara... 
Aku belajar bersabar dari sebuah kemarahan... 
Aku belajar mengalah dari sebuah keegoisan... 
Aku belajar tersenyum dari suatu kesedihan.... 
Aku belajar tegar dari suatu masalah... 

❤️HIDUP ADALAH  BELAJAR..... 
Belajar bersyukur meskipun tak puas... 
Belajar ikhlas meskipun tak rela.... 
Belajar taat meskipun berat... 
Belajar memahami meskipun tak sehati... 
Belajar sabar meski terbebani... 
Belajar memberi meski tak seberapa... 
Belajar mengasihi meski tersakiti.... 
Belajar tenang meski gelisah.... 
Belajar percaya meski susah.... 
Belajar tabah meski cubaan menerpa...

❤️​ HIDUP ADALAH  BELAJAR.....
Aku belajar....
bahawa tidak selamanya hidup ini indah,
kadang ALLAH menyapaku melalui derita. Tetapi aku tahu bahawa IA tidak pernah meninggalkanku, sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur. 

❤️​HIDUP ADALAH  BELAJAR.....
Aku belajar....
bahawa tidak semua yang aku harapkan akan menjadi kenyataan,
kadang ALLAH membelokkan rencanaku. 
Tetapi aku tahu bahawa itu lebih baik dari yang kurencanakan,
sebab itu aku belajar menerima semua itu dengan sukacita.   

❤️​HIDUP ADALAH  BELAJAR.....
Aku belajar....
bahawa cubaan itu pasti datang dalam hidupku.
Aku tak mahu dipengaruhi syaitan untuk marah dan emosi,
aku tak mau menyalahkan orang lain,
Juga tidak mungkin berkata "tidak adil ALLAH". 
Kerana aku tahu bahawa semua itu tidak akan melampaui kekuatanku.
Sebab itu aku belajar menghadapinya dengan sabar. 

❤️HIDUP​ ADALAH  BELAJAR.....
Aku belajar....
Bahawa tidak ada kejadian yang harus disesali & ditangisi, kerana semua rancanganNYA indah bagiku. 

Maka dari itu aku belajar bersabar, bersyukur & bersukacita dalam segala perkara. 
Kerana semua itu menyihatkan jiwa & menyegarkan hidupku... 

HARTA KARUN SYURGA

Sahih al-Bukhari:5930

Dari Abu Musa al-Asy'ari, dia berkata: Nabi saw. bersabda:

Wahai Abu Musa, atau wahai Abdullah, mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu kalimat yang termasuk dari harta karun Syurga?

Aku menjawab: Tentu. Beliau bersabda: Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AlIah.)

PERINGATAN

1. Anjuran untuk bertawakkal.
2. Anjuran untuk membaca
لا حول ولا قوة إلا بالله
3. Melepas kemampuan diri dan bersandar pada kekuatan Allah merupakan harta karun syurga.

RAMADHAN AKAN PERGI DAN EIDUL FITRI MENJELANG TIBA

Ramadhan sudah sampai penghujungnya, bulan yang penuh keberkatan ini akan pergi meninggalkan kita.

Bagi hati Mukmin, perginya Ramadhan membuat hati merasa sayu dan sedih, kerana kehadiran Ramadhan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan iaitu mendapat rahmat Allah, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari seksaan api Neraka.

Kelebihannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

Sebulan kita menahan lapar. Ringan badan beribadah. Berlapar menutup pintu hasutan syaitan. Muslimin mengikis penyakit-penyakit hati seperti hasad, ego, ‘ujub, sum’ah, bakhil, buruk makan, cinta dunia dan panjang angan-angan. Membuang sifat malas dan berpoya, berpecah dan berseteru.

Madrasah Ramadhan merupakan proses tarbiyah dan tazkiyah pada hati, jiwa dan roh kepada pembersihan sebenar yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Natijah dari segala proses di madrasah ini melahirkan hati yang bertakwa kepada Allah SWT. Takwa inilah merupakan pakaian orang mukmin, pakaian inilah yang dipakainya untuk menghadapi sebelas bulan yang akan datang.

Sahabat yang dimuliakan,

Adakah Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan yang terbaik pernah sahabat rasai?

Adakah segala amal ibadah, puasa, doa, munajat, tafakur, sedekah, bacaan al-Quran yang kita laksanakan memberi kesan yang mendalam pada hati , jiwa dan perasaan dan benar-benar dapat merasai kemanisannya?

Meningkat atau tidak meningkatnya tarbiyah ruhiyah ini, berkesan atau tidak berkesannya proses tamrin ini bergantung pada peribadi masing-masing sejauhmana dia hayati Ramadhan. Sejauh itulah dia akan rasa kemanisannya.

Berbahagialah sesiapa yang diubah perangainya oleh Ramadhan. Ia terlepas dari celaan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Terjauhlah (dari rahmat) sesiapa yang sempat bertemu dengan Ramadhan (tetapi tidak memperdulikannya) maka Allah tidak mengampunkannya.”

(Hadis Riwayat al-Hakim dari Kaab bin ‘Ujrah)

Sahabat boleh muhasabah diri sendiri, kesan yang paling nyata adalah amal ibadah dan amal soleh yang kita laksanakan semasa Ramadhan akan dapat kita teruskan dan istiqamah pada bulan-bulan berikutnya , malah mungkin lebih baik lagi.

Jika ini berlaku , ini bermakna ciri-ciri takwa itu dapat kita perolehi. Takwa itu ia tidak tersimpan didalam hati sahaja tetapi ia akan dilahirkan dalam berfikir, dalam tindakkan dan membuat keputusan, nampak jelas dalam peribadi, akhlak, tutur kata, pergaulan dan amalan hariannya.

Apakah kalian bertemu malam Lailatul Qadr?

Malam-malam ganjil 21, 23, 25 dan 27 telah berlalu yang belum hanya malam 29.

Yang pasti kalian telah bertemu Lailatu Qadr hanya kalian tidak mengetahui malam Ramadhan ke berapa dan bila saatnya berlaku!

Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah disepanjang Ramadhan dia sebenarnya telah mendapat malam Lailatul Qadr.

Dalam hadis yang lain menyatakan bahawa fadilat solat Isyak berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat separuh malam dan fadilat solat Subuh berjemaah seolah-olah mendapat pahala mengerjakan solat sepanjang malam.

Kita mohon kehadrat Allah SWT semoga keberkatan malam Lailatu Qadr tahun ini dapat memberi kesan pada hati, jiwa dan kehidupan kita yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah SWT.

BERAMAL SOLEH SAAT PINTU LANGIT DIBUKA

Allah SWT berfirman;

فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" [Surah al-Qamar 11]

Hari-hari kita memandang langit, satu ciptaan yang hebat. Namun, tahukah kita bahawa langit mempunyai pintu-pintu yang pastinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, Allah SWT menyebut di dalam firmanNya dan Nabi SAW juga menyebut tentang pintu-pintu langit, maka wajib kita mengimaninya.

Berkata para ulamak, dibuka pintu-pintu langit adalah ianya benar-benar dibuka yang menunjukkan peluang untuk mendapat rahmat dan kemakbulan doa daripada Allah SWT.

Antara maksud pintu langit dibuka ialah doa dimakbulkan dan amal soleh diangkat dan diterima dengan baik. Justeru, hendaklah kita memperbanyakkan amalan-amalan soleh pada waktu-waktu pintu langit dibuka oleh Allah SWT. Tidak syak lagi bahawa amalan yang paling mulia adalah berdoa. Maka mohonlah sebarang hajat yang diperlukan.

Waktu-waktu pintu langit dibuka:

1. Saat wahyu turun berkaitan penurunan surah al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah al-Baqarah (HR Muslim)

2. Semasa dan selepas azan (Hadis sahih nukilan Imam as-Suyuthi dlm al-Jami' as-Saghir)

3. Ketika tergelincir matahari hingga solat zohor (Hadis hasan nukilan Imam al-Haithami dlm at-Targhib wat Tarhib)

4. Sepanjang bulan Ramadhan (HR al-Bukhari)

5. Pada satu pertiga malam terakhir/penghujung  (HR Ahmad. Sahih)

♡ Ayuh, berusahalah untuk memburu waktu-waktu pintu langit terbuka untuk berdoa, beristighfar, berzikir, berselawat, membaca al-Quran, bersedekah, bermunajat, melakukan perkara-perkara makruf dan menggandakan amal-amal soleh. Moga kita sentiasa memperolehi rahmat daripada Allah SWT ♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...