Kisah Abu Basyir Dan Perjanjian Hudaibiah

PERJANJIAN Hudaibiah sangat memberikan kesan kerana ia turut membawa kepada berlakunya pelbagai peristiwa lain termasuk melibatkan beberapa individu dan kisah mereka sangat memberikan pengajaran.

Ini termasuk kisah kisah Abu Bashir atau nama sebenarnya Utbah bin Usaid bin Jariah yang mana perjanjian Hudaibiah telah menghalangnya daripada mendapatkan perlindungan Rasulullah di Madinah.

Beliau seorang Muslim yang sangat taat pada Islam walaupun terpaksa hidup dalam keadaan yang begitu tertekan kerana menetap di Mekah.

Beliau pernah di penjara dan sudah tentunya diseksa dengan pelbagai seksaan yang teruk.

Tetapi Abu Bashir tetap bertahan, tidak sekali-kal meninggalkan Islam, sehinggalah pada suatu hari beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Mekah dan menuju ke Madinah bagi mendapatkan perlindungan daripada Nabi Muhammad.

Beliau tidak lagi sanggup hidup di Mekah kerana di Madinah tentulah dia akan menjadi seorang Muslim yang bebas mengamalkan Islam.

Beliau berjaya melepaskan diri dari cengkaman pihak Quraisy dan terus melarikan diri dengan berjalan kaki tanpa henti merentas padang pasir yang jauh semata-mata untuk mendapatkan perlindungan daripada Rasulullah.

Namun tanpa disedari, Abu Bashir sebenarnya dikejar oleh dua orang kafir Quraisy untuk menangkapnya dan menyumbatnya ke dalam penjara.

Tetapi Abu Bashir akhirnya berjaya melarikan diri dan sebaik sahaja sampai di Madinah beliau terus menemui Rasulullah di masjid.

"Wahai Muhammad, aku datang dan berhijrah kepada kamu dan berikanlah perlindungan kepadaku dari kekejaman si kafir Quraisy.

"Selagi aku tidak meninggalkan Islam mereka akan terus menyeksa aku dan kini aku tidak lagi dapat bertahan dengan seksaan mereka kecuali mendapatkan perlindungan dari mu di sini," kata Abu Bashir.

Tetapi Rasulullah sedar tindakan baginda memberikan perlindungan kepada Abu Bashir bermakna melanggar syarat-syarat dalam Perjanjian Hudaibiah yang tidak membenarkan baginda menerima sesiapa yang melarikan diri dari Mekah malah baginda perlu memulangkan semula.

Tambahan pula, dua orang kafir Quraisy yang mengejar Abu Bashir akhirnya sampai di Madinah. Mereka juga segera menemui baginda dan menyampaikan surat dari pihak penguasa di Mekah yang menuntut supaya Abu Bashir dikembalikan kepada mereka sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Hudaibiah.

Tentulah sangat berat untuk baginda untuk melepaskan Abu Bashir apatah lagi menyerahkannya kembali kepada pihak kafir Quraisy. Tetapi sebagai seorang yang berpegang kepada janji, baginda terpaksa memujuk Abu Bashir supaya kembali ke Mekah.

"Wahai Abu Bashir, aku sedar betapa besarnya pengorbanan yang telah kau lakukan kerana sanggup berhijrah seorang diri semata-mata melarikan dari pihak Quraisy yang tidak habis-habis menyeksa umat Islam.

"Namun sesungguhnya kami telah memberikan perjanjian kepada kaum Quraisy seperti yang kamu sendiri ketahui. Kerana itu sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu yang akan terlepas dari penindasan dan menikmati kebebasan, pada suatu hari nanti.

"Maka pergilah kamu kembali kepada kaum mu di Mekah dan Allah pasti akan bersama kamu," kata baginda.

"Ya Rasulullah, apakah tuan akan mengembalikan saya kepada kaum musyrikin yang selalu memfitnah saya dalam mengerjakan agama saya dan sedangkan saya sanggup ke mari dengan merentas padang pasir sejauh ini seorang diri tanpa henti," ujar Abu Bashir dengan nada kecewa.

"Aku memahami keadaanmu wahai Abu Bashir. Janganlah kamu bimbang pertolongan dan bantuan Allah pasti akan bersama kamu. Percayalah, malah kamu antara yang akan menyambut kami dan kemenangan untuk kita semua kembali bersatu di Mekah," pujuk Rasulullah.

Oleh kerana kata-kata baginda itu umpama sebuah jaminan, akhirnya Abu Bashir pun bersetuju dan mematuhi dan merelakan dirinya dibawa pulang ke Mekah oleh dua wakil pihak Quraisy itu.

Walaupun begitu Abu Bashir tetap mempunyai rancangannya tersendiri untuk melepaskan dirinya dari cengkaman pihak Quraisy dan tidak mahu kembali ke Mekah.

Helah Abu Basyir

Sepanjang jalan, puas beliau puas memikirkan cara untuk melarikan diri. Akhiirnya beliau mengambil kesempatan ketika ketiga-ketiga mereka berhenti di sebuah dusun di Zul Hulaifah.

Sambil-sambil mereka duduk berehat itu, Abu Bashir pun bertanyakan mengenai kehebatan pedang yang dibawa oleh orang Quraisy.

Beliau kononnya tertarik melihatkan pedang-pedang yang dibawa oleh mereka .

"Bolehkah saya melihat dan memegang sendiri pedang kamu itu dan saya ingin merasakan sendiri ketajaman pedang yang kelihatan begitu hebat sekali," pinta Abu Bashir.

Tanpa menyedari niat Abu Basyir yang sebenar, lalu salah seorang dari orang Quraisy itu pun menyerahkan pedang kepadanya.

Abu Bashir pun berpura-pura membelek-belek pedang tersebut sambil memuji-muji akan kehebatannya sehingga kedua-dua musuh yang berada di hadapan mata itu berasa sungguh bangga dan sombong diri.

Apabila melihat mereka begitu leka dan gembira dengan puji-pujian dari Abu Bashir itu, lalu Abu Bashir pun dengan pantas melibaskan pedang tersebut dan menikam sehingga mati salah seorang dari orang Quraisy tersebut.

Apabila dilihat rakannya telah mati, seorang lagi dari orang Quraisy itu segera melarikan diri.

Dia bukannya melarikan diri ke arah Mekah tetapi ke Madinah dan terus mengadap Rasulullah di masjid dan segera memberitahu kejadian Abu Bashir yang berjaya memperdaya mereka dan membunuh rakannya.

"Sahabat Tuan telah membunuh rakan saya, Jika saya tidak melarikan diri ke mari nescaya saya juga mati dibunuhnya," kata orang Quraisy itu.

Lalu dia meminta agar Rasulullah bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan oleh Abu Basyir dengan memulangkan sendiri Abu Basyir itu ke Mekah dengan diiringi oleh para pengikut Rasulullah.

Namun Rasulullah menolak permintaan orang Quraisy itu dengan mengatakan apa yang berlaku adalah diluar kawalan baginda tetapi mereka sendiri yang cuai menjaga Abu Basyir sehingga terpedaya.

Tidak lama kemudian Abu Basyir pun sampai ke Madinah dengan sebilah pedang yang terhunus lalu menemui Rasulullah.

Lalu beliau berkata: "Wahai Rasulullah, telah sempurna tanggungan tuan kerana tuan telah menyerahkan saya kepada kaum (musyrikin Quraisy) dan saya telah mempertahankan agama saya daripada difitnah atau dipermainkan.

"Kini saya bebas dan saya memohon agar saya dibenarkan untuk tinggal di Madinah untuk berada dalam naungan dan lindungan tuan."

Rasulullah tentu sahaja hendak menerima Abu Basyir tetapi baginda bimbang jika baginda kelak dituduh melanggar perjanjian Hudaibiah.

Oleh itu permintaan Basyir buat kali kedua itu masih tidak dapat diterima oleh baginda.

"Jika begitu lepaskan saya untuk saya tinggal di mana sahaja saya suka kecuali di Madinah mahupun Mekah asalkan saya kini bebas dari cengkaman Quraisy dan dapat mengamalkan Islam dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan," kata Abu Basyir.

Baginda merestui permintaan Abu Basyir dan mendoakan agar Basyir memperoleh kehidupan yang beliau idam-idamkan.

Lalu Bashir memilih untuk menetap di sebuah dusun yang bernama Iesh yang terletak di wilayah Zil Marwah berhampiran dengan tepi laut yang lazimnya di lalui oleh para pedagang dari Madinah menuju ke Syam.

Dalam tempoh sekejap sahaja Abu Basyir kemudiannya dapat mengumpulkan umat Islam di desa itu, terutama mereka yang hendak melarikan diri dari cengkaman Quraisy di Mekah tetapi tidak boleh berhijrah ke Madinah ekoran dari Perjanjian Hudaibiah.

Seramai 70 umat Islam menetap bersama-sama dengan Abu Basyir di desa Iesh dan mereka hidup aman tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

SUMBER

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam


kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda


yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain


sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar ALKhatab


apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"




Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan,


pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya


ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang


bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum


arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan


perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa


kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.


Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini


berisikan madu."


Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu.


Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah


menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat,


dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar


dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan


pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.


Allah Taala berfirman,


" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan


sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka


Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang


yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul


Khabal'.


Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"


Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan
pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah
hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau
berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke
rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,
berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama
Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab
itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di
dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah
itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus
mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya
oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan
Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati
janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan
menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di
dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat
berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di
dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi,
sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah
dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh
Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin
yang soleh dan mulia.

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterimaseseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itudigunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minumdaripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orangyang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannyabaik dari manusia atau burung.


6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan olehorang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalumendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yangmengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkanajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telahmati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.




9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli--ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya--annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...