Siti Muthi'ah: Dipuji Nabi Dikagumi Fatimah

"FATIMAH anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi & isteri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku" jawab Fatimah.

"Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu".

Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulpun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka, bergegaslah Fatimah menuju rumah Siti Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, putera Fatimah yang masih kecil itu.
Begitu gembira Muthi'ah mengetahui tamunya adalah puteri Nabi besar itu. "Sungguh, bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun maafkanlah aku sahabatku, suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki dirumah ini."

"Ini Hasan putraku sendiri, ia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.
"Namun sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."
Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah. Ia semakin kagum & berhasrat menyelami lebih dalam akhlak wanita ini. Lalu diantarlah Hasan pulang & bergegaslah Fatimah kembali ke Muthi'ah.

"Aku jadi berdebar-debar," sambut Siti Muthi'ah, gerangan apakah yang membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?"

"Memang benarlah, Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu & ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahwa engkau adalah wanita berbudi sangat baik, karena itulah aku kesini untuk meneladanimu, wahai Muthi'ah."

Muthi'ah gembira mendengar ucapan Fatimah, namun Muthi'ah masih ragu. "Engkau bergurau sahabatku? Aku ini wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apapun seperti yang engkau lihat sendiri."

"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah. Oleh itu, ceritakan kepadaku agar aku boleh meneladaninya." Siti Muthi'ah terdiam, hening. Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu.

"Buat apa ketiga-tiga benda ini Muthi'ah" Siti Muthi'ah tersenyam malu. Namun setelah didesak iapun bercerita. "Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja keras memerah keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang & hormat kepadanya. Begitu kulihat ia pulang kerja, cepat-cepat kusambut kedatangannya. Kubuka bajunya, kulap tubuhnya dengan kain kecil ini hingga kering keringatnya. Iapun berbaring ditempat tidur melepas lelah, lalu aku kipasi beliau hingga lelahnya hilang atau tertidur."
"Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi'ah. Lalu untuk apa rotan ini?"

Kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah ia bangun & mandi, kusiapkan pula makan & minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya: "Oh, kakanda. Jika ada pelayananku sebagai isteri & masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini & sebutlah kesalahanku agar tidak kuulangi"

"Seringkah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi'ah?" tanya Fatimah berdebar-debar.
"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya, justru akulah yang ditarik & didakapnya penuh kemesraan. Terlontar dari mulutnya, “Muthi’ah isteriku sayang, mudah-mudahan ketaatan & ketulusan hatimu terhadap suami akan menapat rahmat di sisi Allah Ta’ala.” Itulah kebahagiaan kami sehari-hari".

"Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi'ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik." kata Fatimah terkagum-kagum.

Pernah diceritakan, ketika Siti Muthi’ah baru mempunyai anak & anak itu sedang bermain-main, tiba-tiba anak itu sakit dan meninggal dunia. Namun Muthi’ah menerima musibah itu dengan berlapang dada, sabar & tabah. Dia hanya dapat menitiskan air matanya, dipeluk & dicium dengan cinta & sayang anaknya itu sambil berkata, “Aku sebagai ibu memang sayang padamu, tapi ada yang lebih menyayangimu iaitu Allah SWT. Kini anakku sudah dipanggil pulang oleh yang menciptakannya, manusia semuanya kepunyaan Allah & akhirnya akan kembali kepada-Nya.”

Maka setelah suami Muthi’ah pulang, dia tidak segera menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Setelah suaminya mandi & makan, Muthi’ah berkata kepada suaminya, “Kanda, apabila kita pinjam sesuatu barang & barang itu diambil oleh yang empunya, apakah kita harus marah & menyesal?” Lalu jawab suaminya, “Tidak, seharusnya kita ucapkan terima kasih kerana ia telah bersedia member pinjaman kepada kita.” Berkata Muthi’ah, “Bagus jika begitu, ya Kanda.. Demikian pula yang menimpa kepada anak kita, dia telah meninggal dunia siang tadi dengan sangat mendadak kerana sakit.”

Demikianlah keluarga itu menerima musibah dengan penuh kesabaran & ketabahan. 


SUMBER

Dunia Tempat Persinggahan

Abdullah bin Mas'ud adalah seorang sahabat yang juga murid setia Rasulullah SAW. Di mana baginda berada, beliau sentiasa mencatat apa juga yang diucapkan oleh Rasulullah SAW serta mengambil pengajaran daripada setiap perbuatan baginda. Begitulah cara beliau menimba ilmu.

Suatu hari Abdullah bin Mas'ud melihat Rasulullah SAW sedang berbaring. Apabila baginda bangun dari tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang baginda. Ini disebabkan tikar alas tidur baginda diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan itu amat ketara. Timbul rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas'ud.

Berkata Ibnu Mas'ud, "Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untukmu, nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya."

Akan tetapi Rasulullah SAW bersabda:
"Bagiku, berada di dunia ini ibarat seseorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirahat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

Ini adalah suatu pengajaran terhadap manusia, bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal selama-lamanya. Sebaliknya, dunia hanyalah tempat persinaggahan untuk membuat persiapan, mencari bekal bagi menghadapi suatu kehidupan yang abadi.

Pesanan As-Syahid Sayyid Qutb kepada 2 orang adiknya

"Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat dengan keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidah La Ilaha Illallah Muhammad al-Rasulullah."

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para NABI dan RASUL. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para RASUL. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai"- Syed Qutub -

Nabi Sulaiman a.s. Mengagih Rezeki

Setelah Nabi Sulaiman a.s melihat Allah SWT melapangkan dunia untuknya dan menjadikannya berada dalam genggamannya, dia berkata, "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memberi makanan kepada semua makhluk selama setahun penuh."

Allah SWT mewahyukan kepadanya, "Sesungguhnya engkau tidak akan mampu melakukan hal itu." Nabi Sulaiman a.s berkata, "Seminggu?" Allah SWT berfirman, "Kamu tidak akan mampu." Nabi Sulaiman a.s berkata lagi, "Sehari?" Allah SWT berfirman lagi, "Kamu tidak akan mampu."

Namun setelah dimohon lagi oleh Nabi Sulaimana.s, Allah SWT pun mengizinkannya untuk memberi makanan kepada semua makhluk untuk sehari.

Nabi Sulaiaman a.s lalu memerintahkan kepada jin dan manusia untuk membawa semua yang ada di muka bumi termasuk lembu, kambing, burung dan lain-lain. Setelah semua bahan-bahan masakan disiapkan, diperintahkan pula disediakan tempat untuk memasak yang besar. Kesemua binatang yang telah dikumpulkan disembelih dan dimasak. Nabi Sulaiman a.s turut memerintahkan angin agar memberi aura hembusan pada makanan yang dimasak agar tidak rosak.

Setelah semuanya selesai, makanan itupun diletakkan di daratan yang panjangnya sekitar 2 bulan perjalanan dan lebarnya juga sekitar dua bulan perjalanan. Demikianlah gambaran peri banyaknya makanan yang disediakan tentera Nabi Sulaiman a.s.

Allah SWT berfirman kepada Nabi Sulaiman a.s, "Hai Sulaiman, makhluk mana yang pertama sekali engkau akan memberi makanan?" Nabi Sulaiman a.s menjawab, "Aku akan mulai dengan makhluk di laut."

Maka Allah SWT memerintahkan seekor ikan muncul untuk memakan jamuan yang disediakan Nabi Sulaiman a.s. Ikan tersebut mengangkat kepalanya dan berkata, "Hai Sulaiman, aku telah mendengar bahawa engkau akan memberikan jamuan makanan dan jamuanku hari ini telah diserahkan kepadamu."

Nabi Sulaiman a.s berkata, "Bawakan makanan dan berikan kepada ikan ini!" Ikan tersebut pun menyantap hidangan yang diberikan kepadanya. Setiap kali disorongkan makanan pasti disantapnya hingga habis. Kumudian ikan itu berkata, "Wahai Sulaiman, berikan aku makanan lagi, aku belum kenyang."

Nabi Sulaiman a.s berkata kepadanya, "Engkau telah memakan kesemuanya dan engkau masih belum kenyang?" Ikan itu menjawab, "Apakah seperti ini jawapan orang yang menjamu tetamunya? Ketahuilah wahai Sulaiman, setiap hari aku mendapat 3 kali ganda makanan daripada apa yang telah engkau sediakan hari ini dan engkaulah penyebab aku tidak mendapat makananku dengan secukupnya pada hari ini."

Pada saat itu, Nabi Sulaiman a.s bersujud kepada Allah SWT dan berkata, "Maha Suci Zat yang menjamin rezeki semua makhluk dari arah yang tidak mereka ketahui."

Sumber: Koleksi Kisah Ceria: Pengasuh Akhlak Mulia oleh Ghafarullahhuddin Din

Raja Yang Beringat

Al-kisah, tersebut cerita mengenai sebuah kerajaan yang telah menjadiakn perlembagaannya melantik seorang raja yang memerintah untuk suatu tempoh tertentu, kira-kira 10 tahun.

Mereka mensyaratkan ke atas orang yang setuju dilantik menduduki takhta kerajaan itu, apabila tempoh pemerintahannya tamat, hendaklah dia pergi ke padang pasir yang tandus, tanpa air dan tumbuhan. Di situ dia disuruh tinggal tanpa sebarang makanan & minuman. Tiada sesiapa yang dibenarkan membawa makanan & air kepadanya, sehingga dia menemui ajalnya dengan kebuluran & kehausan di padang pasir yang sunyi sepi itu.

Pada suatu hari, seorang perantau telah datang ke negeri itu. Dia mendapati penduduk-penduduk negeri itu berada dalam kekecohan. Dia lalu bertanya, mengapa agaknya penduduk-penduduk negeri itu dalam keadaan sebok & kecoh. Jawab mereka, "Kami tidak mendapati seorang pun dalam negeri ini yang sanggup dilantik menjadi raja. Orang-orang asing pun tidak ada yang sanggup."

Mereka lalu bertanya, "Sanggupkah tuan menerimanya?" Ujar orang itu, "Mengapa tidak? Adakah orang yang berakal menolak tawaran menjadi raja?" Mereka berkata, "Tahukah tuan apakah syarat sebelum lantikan itu diterima & apa yang akan terjadi kesudahannya?" Perantau itu lalu bertanya, "Apakah syaratnya?" Mereka kemudian menjelaskan syarat menjadi raja kepada perantau tersebut.

Mendengar syarat ini, perantau itu terpegun seketika & kemudian membuka mulut bertanya, "Adakah ada lagi syarat lain berhubung dengan pelantikan raja ini?" Jawab mereka, "Itu saja syaratnya.."

Perantau itu diam & menundukkan kepala sambil memikirkan sesuatu helah yang hendak dilakukan. Perantau itu adalah seorang yang pintar & cerdik. Selepas merenung panjang, dia pun memberi persetujuan, menyatakan kesanggupannya untuk menerima perlantikan tersebut.

Setelah dilantik menjadi raja, perantau ini terus menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi & kebijaksanaan. Pemerintahannya dilaksanakan dengan penuh keadilan. Rakyat jelata amatlah sukacita dengan pemerintahannya. Kehidupan mereka aman & makmur.

Dalam tempoh pemerintahan tersebut, beliau berusaha bersungguh-sungguh mengimarahkan padang pasir itu. Dia mengerah para jurutera untuk merancang pembinaan taman-taman, kebun-kebun & istana-istana yang indah beserta tukang-tukang & pekerja-pekerja yang ramai dengan membawa alat kelengkapan yang secukupnya serta binatang-binatang ternakan agar rancangannya berjaya.

Tidak lama selepas itu, maka selesailah kerja-kerja yang dirancang. Sungai & parit digali untuk dialirkan air ke dalamnya & tumbuhlah tanaman-tanaman dengan hasil pertanian yang subur. Di samping istana yang tersergam untuk raja, didirikan juga bangunan-bangunan kediaman untuk sesiapa yang mahu tinggal bersamanya di situ. padang pasir yang kering kontang itu bertukar wajah menjadi sebuah taman yang indah & subur.

Masa berlalu dengan cepat sedangkan rakyat jelata tidak tahu apa yang dilakukan oleh raja pada padang pasir itu. Apabila tempoh pemerintahan beliah telah tamat, pembeser-pembesar negeri itu pun berkata kepadanya, "Sekarang sudah sampai masanya tuanku memenuhi syaratyang telah dipersetujui dulu."

Raja itu menjawab dengan penuh ketenangan & keriangan, "Baiklah, sekarang, marilah kita pergi!" Gelagat baginda yang begitu tenang itu memeranjatkan orang ramai. Beliau tidak langsung menunjukkan sebarang kebimbangan. Mereka lalu membawa beliau ke padang pasir itu.

Di sana barulah mereka mengetahui rahsia keriangan & ketenangan raja itu apabila mereka menyaksikan dengan mata mereka sendiri bahawa padang pasir itu telah bertukar menjadi bandar dengan bangunan-bangunan yang indah & kebun-kebun yang subur.

Mereka bertanya, "Bagaimana boleh jadi begini tuanku?" Jawab raja itu, "Raja-raja terdahulu dilekakan dengan kenikmatan segera menjadi raja sehingga mereka lupa untuk mengingati hari-hari kesudahan pemerintahan mereka yang pasti tiba. Aku tidak seperti mereka. Sejak dari awal aku menjalankan tadbir & ikhtiar agar dapat aku berpindah selepas tamat tempoh pemerintahanku ke suatu tempat yang permai seperti yang dapat kamu lihat sekarang ini. Di sini aku akan memperoleh kemewahan dan kenikmatan yang berbagai-bagai."

Jawab sekalian yang hadir dengan rasa gembira, "Wahai raja yang bijaksana, tuankulah seorang raja yang sungguh bijaksana! Tiada orang lain yang lebih layak menjadi raja selain tuanku. Baliklah tuanku menduduki semula takhta kerajaan negeri kami. Kami akan tetap taat setia kepada tuanku."

Kisah 2 Raja yang Sakit

Rasulullah pada suatu waktu pernah menceritakan satu kisah...

Pada zaman sebelum anda, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat.

Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya semasa ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa pada masa ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada masa itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan..! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berjaya ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun meninggal.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu didunia, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"

"Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia didunia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!”

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat perkara ajaib yang menjadikan hatinya tetap & bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab 3 perkara ajaib tersebut.

Peristiwa per-1 adalah, bahwa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar & di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, & katalah kepadanya, bahwa sesungguhnya Rasulullah berkata, "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling / penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk & membuang air besar."

Uqa'il pun keluar & pergi mendapatkan pohon-pohon itu. Sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa ke-2 adalah, bahwa Uqa'il berasa haus & setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, & sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahwa sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu"). "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ke-3 ialah, bahwa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat & lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang, seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak mengapakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampung itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya si unta, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"

Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isya' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahwa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Pengakhiran Anak yang Derhaka

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah terjadi suatu peristiwa di zaman Rasulullah SAW, pada waktu itu, para sahabat dilanda dukacita kerana seorang sahabat mereka yang bernama Al-Qamah sedang sakit. Dia adalah sahabat Nabi yang setia. Seluruh tubuhnya penuh dengan bekas-bekas luka kerana melindungi Rasulullah pada perang Uhud.

Perkara yang membuatkan mereka sedih bukanlah kerana sakitnya Al-Qamah, tetapi detik-detik sakaratnya yang sangat memilikan. Mulutnya tertutup rapat, tidak mampu mengucapkan sesuatu kecuali mengerang kesakitan.

Mereka telah mengajarkannya untuk mengucapkan kalimah tauhid, namun lidahnaya sangat kaku untuk mengucapkan kalimah suci itu. Para sahabat merasa cemas kalau-kalau Al-Qamah mengakhiri hidupnya tanpa menyebut nama Allah. Bukankah merupakan malapetaka besar bagi seorang Muslim jika di akhir hayatnya tidak mengagungkan keEsaan Allah? Bukankah hal itu merupakan tanda-tanda bahawa amal ibadahnya bakal sia-sia?

Salah seorang sahabat lalu mendatangi Rasulullah dan menceritakan musibah itu. Nabi segera berangkat untuk melihat sendiri derita yang menimpa sahabat setianya itu. Dengan sabar, baginda membisikkan kalimah tauhid ke telinga Al-Qamah serta berpesan, “Al-Qamah, bertaubatlah kepada Allah & sebutlah nama Tuhanmu.”

Tetapi Al-Qamah tetap membisu. Hanya nafasnya yang menunjukkan bahawa dia masih dapat memahami ucapan Nabi. Sampai 3 kali Nabi mengulangi bisikannya, tetapi Al-Qamah masih tidak dapat mengikutinya. Cuma matanya saja yang bergerak-gerak.

Kesudahannya Nabi tidak lagi meneruskan bisikan beliau. Beliau melihat kepada para sahabat lalu bertanya, “Apakah kamu semua tahu, masihkah Al-Qamah masih mempunyai orang tua? Aku curiga, mungkin Al-Qamah pernah berbuat derhaka & orang tuanya tidak redha dengannya. Sebab, jangan harap akan turun redha Allah jika tidak memperoleh redha orang tua.”

Salah seorang sahabat berkata, “Setahu saya, ayahnya sudah meninggal dunia, tetapi ibunya masih ada.”

“Di mana rumahnya?” tanya Nabi.

Sahabat yang lain menceritakan, “Ibu Al-Qamah tinggal dalam sebuah pondok buruk di kampung seberang.”

Nabi lalu memerintahkan Ali & Bilal untuk mencari ibu Al-Qamah serta menyampaikan nasib yang menimpa anaknya, supaya ibu Al-Qamah bersedia memaafkan segala kesalahan anaknya.

Agak sukar untuk Ali & Bilal mencari rumah yang jauh letaknya itu. Mereka akhirnya mendapat keyakinan setelah seseorang menjelaskan bahawa pondok buruk yang nampak kotor dari luar itu adalah rumah ibu Al-Qamah.

Sesudah mengetuk pintu, Ali & Bilal terkejut. Ternyata ibu Al-Qamah telah uzur & bongkok.

“Betulkah nenek ini ibu Al-Qamah?”

Nenek itu menggelengkan kepalanya sambil menjawab, “Bukan, saya bukan ibu Al-Qamah.”

“Tetapi orang di sini mengatakan bahawa rumah ini adalah rumah ibu Al-Qamah.” Tegas Ali.

“Tuan mahu percaya kepada siapa? Kepada orang yang tinggal tidak jauh dari rumah ini atau kepadaku yang tinggal di rumah ini?”

Sebelum Ali & Bilal sempat bertanya lagi, nenek itu mengatakan, “Dulu, Al-Qamah memang anakku. Dulu waktu dalam kandunganku, waktu aku melahirkannya dengan susah payah, waktu dia kelaparan, kedinginan. Aku yang menyuapi & memberinya susu dari darah dagingku. Sekarang Al-Qamah bukan anakku lagi.”

Ali & Bilal terkejut. Mereka yang bagaikan ditimpa gempa bumi, tak dapat berbuat apa-apa, bahkan tidak dapat berfikir apa-apa. Hingga mereka tidak sanggup berkata sepatah apa pun.

Nenek itu melihat jauh. Wajahnya berubah mendung. Lalu dengan suara yang terputus-putus & air mata yang mengalir di pipi, dia menceritakan, “Sesudah Al-Qamah dewasa & mempunyai isteri, dia bukan anakku lagi. Al-Qamah terlalu sibuk dengan urusannya, terlalu condong hatinya kepada isterinya, sampai tidak ada waktu untuk datang & melihat keadaanku. Apa lagi nafkah atau pemberian. Salam pun tidak pernah dikirimkannya kepadaku.”

Ali & Bilal menundukkan kepala. Nenek itu terus bercerita, “Suatu ketika dahulu, Al-Qamah lalu di depan rumahku. Hanya sekali itu saja, semenjak dia beristeri. Dia singgah sambil membawa 2 bungkusan.”

“Bungkusan yang satunya diserahkan kepadaku. Alangkah gembiranya hatiku, lenyap segala sakit di hatiku. Bungkusan itu segera kubuka di depan matanya, untuk menunjukkan kepadanya bahawa aku sangat senang dengan pemberiannya itu. Ternyata bungkusan itu berisi sehelai kain sutera yang sangat indah. Ku peluk & ku cium kain itu.”

“Namun, apa yang terjadi, dia mengambil semula kain itu dari tanganku lalu berkata, ‘Maaf mak, saya tersalah menyerahkan hadiah untuk mak. Kain sutera ini sebenarnya untuk isteri saya. Untuk mak ada dalam bungkusan yang satu lagi'.”

Ali & Bilal tetap terus mendengar & nenek itu meneruskan, “Aku sebenarnya sangat kecewa, tetapi kekecewaanku itu ku tahan, dengan mengharap bahawa isi bungkusan yang satu lagi itu tidak kurang nilainya dari bungkusan tadi. Dengan perasaan yang tetap gembira aku menimang-nimang bungkusan yang satu lagi itu, sampailah Al-Qamah meninggalkan rumahku ini.”

“Sesudah Al-Qamah pulang, aku membuka bungkusan itu. Alangkah sakitnya hatiku, bungkusan yang kedua itu hanya berisi kain buruk yang berkemungkinan dibelinya di tepi jalan. Masih berhakkah Al-Qamah menganggap dirinya anakku?”

Kini, Ali & Bilal betul-betul ditimpa kebimbangan. Mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Sudah jelas, nenek itu amat sakit hati dengan anaknya, Al-Qamah. Masih mungkinkah dia mengampuni anaknya?

Maka dengan ragu-ragu Ali berkata, “Al-Qamah sedang dalam keadaan hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir, nek. Dia tidak dapat mengucapkan kalimah tauhid. Rasulullah memohon agar nenek mahu memaafkan Al-Qamah.”

“Tidak!” Nenek itu memekik. Al-Qamah bukan anakku. Rasulullah boleh memerintahkan apa saja kepadaku, asalkan jangan menyuruhku mengampuni Al-Qamah. Dia terlalu derhaka kepadaku. Dia bukan anakku!”

Ali & Bilal terpaksa pulang dengan hampa. Mereka mengadap Rasulullah & menceritakan segala-galanya. Nabi termenung. Al-Qamah tetap dalam keadaan tersiksa.

Nabi kemudiannya bersabda, “Baiklah Ali, Bilal, kembalilah kepada nenek itu & mintalah dia datang kemari. Jangan dikatakan apa tujuannya. Beritahu saja bahawa aku, Rasulullah, memintanya datang.”

Maka Ali & Bilal membawa seekor unta sebagai kenderaan untuk menjemput ibu Al-Qamah.

Pada waktu itu juga, Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mencari kayu api supaya dikumpulkan di hadapan rumah Al-Qamah. Al-Qamah yang dalam keadaan tersiksa untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir itu kemudiannya diangkat bersama tempat pembaringannya ke tempat berhampiran dengan kayu yang telah dikumpulkan itu.

Setelah Ali & Bilal kembali dengan membawa ibu Al-Qamah yang tidak mahu memaafkan anaknya itu, Rasulullah langsung menyambutnya dengan penuh hormat.

“Selamat datang wahai nenek yang mulia.”

“Terima kasih wahai junjungan.” Jawab nenek itu dengan perasaan bangga.

Namun, tiba-tiba nenek yang bongkok itu berubah air mukanya. Dia kelihatan pucat. Dia bertanya, “Siapakah yang terbaring dekat dengan kayu api yang banyak itu?”

Rasulullah menjawab, “Manusia yang sudah kurus kering itu adalah anak nenek, Al-Qamah. Dia derhaka kepada ibunya, jadi dia tersiksa pada waktu sakaratul mautnya. Kerana itu, daripada dia terus menerus menderita, lebih baik dia dibakar dalam kayu api yang sekejap lagi akan dinyalakan.”

Mendengar kata Rasulullah itu, seluruh tubuh nenek itu meggigil. Dia lalu bertanya, “Betulkah dia akan dibakar?”

Rasulullah menganggukkan kepalanya sambil berkata, “Pasti. Kecuali jika nenek mengampuni dosa-dosanya.”

“Tidak!” Nenek itu terus memekik. “Bakarlah dia, aku tidak peduli. Dia bukan anakku.”

Nabi lalu mengisyaratkan kepada para sahabat untuk menyalakan kayu api tersebut. Setelah api menyala, Nabi menyuruh Al-Qamah diangkat dari tempat dia berbaring untuk dilemparkan ke dalam api.

Nenek itu terperanjat. Dia memekik waktu Al-Qamah sudah diagkat menuju api yang sangat besar menyala. “Betulkah akan kau bakar hidup-hidup di depanku, selaku seorang wanita?”

Nabi kembali menganggukkan kepalanya sambil menjawab, “Pasti. Bila nenek tidak mahu memafkannya.”

“Tidak, tidak!” Nenek itu kembali memekik dengan sekuat-kuatnya. “Lebih baik dia dibakar daripada aku harus memafkannya. Bakarlah dia, Al-Qamah bukan anakku!”

Maka dengan itu, Al-Qamah diaangkat tinggi. Hatta dia diayunkan, hendak dilemparkan ke dalam api yang sedang menyala.

Melihat saja keadaan itu, nenek itu kembali memekik & menangis, “Ya Rasulullah, jangan bakar dia. Bagaimanapun keadaannya, Al-Qamah adalah darah dagingku sendiri. Aku ampuni segala kesalahannya.”

Sebaik saja nenek itu mengucapkan keredhaannya terhadap Al-Qamah, ketika itu juga Al-Qamah dapat menyebut nama Allah dan meninggal dunia dengan tenang.


Sumber: Drs. Kasmuri Selamat, 111 Wasiat Rasulullah S.A.W. untuk Wanita Solehah.

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki),

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua (ibu bapa)
Murid 2: Guru.
Murid 3: Teman.
Murid 4: Kaum kerabat.

Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu memang janji Allah, setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Imam Al-Gazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1: China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Bintang
Murid 4: Matahari

Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok & hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling besar di dunia ini?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Murid 4: Gajah

Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (surah Al-A'raf:179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling berat di dunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Murid 4: Kapal

Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung & malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi pemintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling ringan di dunia?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita / urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang pali tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid beliau dengan serentak menjawab: Mata pedang!!

Imam Al-Ghazali: Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati & melukai hati & perasaan saudaranya sendiri.

Sumber: Diari Muslimah 2012 1433-1434H

Abu Nawas dengan 3 soalan

Kononnya, pernah suatu ketika, baginda Sultan begitu murka dengan Abu NAwas. Baginda lalu memanggil Abu Nawas ke istana. Apabila Abu Nawas datang mengadap, Sultan terus bertitah, "Wahai Abu Nawas, esok beta mahu engkau memberi 3 jawapan kepada persoalan yang akan diajukan beta dengan hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Jika engkau tidak dapat memberi jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan itu, beta tidak akan teragak-agak untuk memisahkan kepala dari badanmu."

Tersentak Abu Nawas mendengar titah Sultan itu. Sultan nampaknya begitu serius hendak menyingkirkannya dari muka bumi ini. Kalau dia tidak dapat menjawab, dia tentu akan dipancung.

"Engkau boleh beredar sekarang & datang semula ke istana esok pagi" titah sultan lagi.
 

Abu Nawas pun beredar dari istana dengan seribu macam persoalan di kepala. "Apa nak jawab besok? Soalan jenis apa Sultan nak tanya hingga menggunakan bahasa isyarat saja? Soalan mudah atau soalan susah? Aduh...pening kepala dibuatnya.." Demikianlah antara pelbagai perkara yang bermain di fikiran Abu Nawas sambil dia mundar-mandir pulang ke rumah.

Di petang hari, selepas menunaikan solat Asar, Abu Nawas berehat di suatu tanah lapang sambil cuba memecah teka-teki sultan yang memeningkan kepalanya itu. Semasa dia sedang berseorangan mencari ilaham untuk berdepan dengan Sultan esok, sahabatnya si pengembala kambing sedang menjaga kambing-kambingnya yang meragut rumput di kawasan tanah lapang yang sama.

Melihat sahaja sahabatnya yang dalam keadaan bermuram durja, dia pun menghampiri Abu Nawas.

Pengembala: (dengan nada ceria) Assalamualaikum Abu Nawas!

Abu Nawas : (dengan nada muram) Waalaikumussalam...

Pengembala: Kenapa engkau nampak sedih saja? Ada ahli keluarga engkau mati ka?

Abu Nawas : Tidak ada yang mati hari ini, tapi akan ada yang mati esok..

Pengembala: Siapa? Ada ahli keluarga engkau dalam sakratulmaut ka?

Abu Nawas : Bukan anggota keluargaku yang nak mati. Akulah yang bakal mati!

Pengembala: Eh..! Soal mati ni engkau jangan nak buat main Abu Nawas.. Engkau sihat ja aku tengok ni, engkau ada penyakit kronik ka?

Melihat sahabatnya begitu prihatin terhadap dirinya, Abu NAwas pun menceritakan apa yang berlaku. Setelah bercerita panjang, Abu Nawas menambah, " Jadi engkau pun faham kan, kenapa aku akan mati esok. Mustahil aku dapat jawab soalan Sultan kalau soalannya hanya menggunakan bahasa isyarat macam nak berkomunikasi dengan orang pekak saja. Dah la tu.. soalannya bukan 1..tap 3!"

Si pengembala yang begitu khusyuk mendengar penjelasan Abu Nawas tadi merasa terpanggil untuk membuat sesuatu. Lagipun, Abu Nawas saja lah sahabat karibnya. Jika Abu Nawas dihukum bunuh, sahabatnya akan tinggal kambing-kambingnya sahajalah. Bukankah ini masanya untuk berkorban demi sahabat?

Pengembala: Abu Nawas, usahlah engkau bermuram durja. Esok, biarlah aku saja yang menjawab soalan Sultan.

Abu Nawas : Engkau sedar ke apa yang engkau katakan ni?

Pengembala: Engkau jangan bimbang, esok biar aku saja yang jawab..

Abu Nawas : Eh..engkau jangan cari pasal.. Nanti bukan setakat aku, engkau pun akan Sultan bunuh sekali!

Pengembala: Tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita mati berjemaah. Lebih baik aku berjemaah dengan engkau dalam kubur, daripada aku berjemaah dengan kambing-kambing ini saja..

Mendengar penjelasan ikhlas dan kesungguhan sahabatnya itu, Abu Nawas pun bersetuju. Lagipun, dia memang tidak ada ilham langsung untuk berdepan dengan sultan esok.

Keesokannya...

Sultan : Bagaimana Abu Nawas, sudah bersediakah kamu untuk menjawab soalan-soalan beta?

Abu Nawas : Tuanku, patik rasa soalan-soalan yang hendak tuanku kemukakan hanya dengan bahasa isyarat ini terlalu mudah buat patik. Patik harap tuanku mengizinkan anak murid patik saja menjawab soalan tuanku itu.

Sultan : Tak jadi masalah. Tapi peraturannya sama. Kalau tak boleh jawab, beta akan hukum bunuh kamu & anak murid kamu sekali!

Sultan pun memandang kepada si pengembala kambing lalu berkata, "Engkau sudah bersedia?" "Sudah, tuanku!" Jawab si pengembala dengan penuh ketenangan. Belum pun Sultan bertanya soalan, Abu Nawas terus memejamkan mata rapat sambil berdoa memohon bantuan daripada Allah SWT.

"Baik, untuk soalan yang pertama!" Sultan secara sepontan menunjukkan isyarat SATU dengan menggunakan jari telunjuknya. Melihat bahasa isyarat itu, si pengembala terus menunjukkan isyarat DUA dengan menggunakan 2 jarinya seperti menunjukkan isyarat peace! Melihat saja tindak balas si pengembala, Sultan mengangguk-angguk kepalanya & terus berkata, "Betul!"

"Untuk soalan yang ke-2" Sultan membuat isyarat bulatan besar dengan kedua-dua tangannya. Habis saja Sultan membuat isyarat itu, si pengembala terus menunjukkan penumbuk dengan menggunakan tangan kanannya. Sultan mengangguk-angguk kepalanya & sekali lagi berkata "Betul!"

"Untuk soalan yang ke-3..." Sultan terus menunjukkan sebiji telur ayam kepada si pengembala. Melihat telur itu, si pengembala mengambil sebiji bawang besar yang terdapat dalam sebuah uncang yang memang sentiasa dibawanya ke mana-mana sahaja lalu terus menunjuk kepada Sultan.


Melihat saja bawang itu, Sultan terus menjerit, "BETUL!" sambil menepuk bahu Abu Nawas yang kebetulan masih memejamkan mata rapat berdoa dan berzikir memohon bantuan Allah SWT. Sultan terus berkata, "Patutlah engkau tidak mahu menjawab, anak muridmu pun sudah mampu menjawab semua soalan beta dengan begitu mudah."

Abu Nawas yang masih terpinga-pinga terkejut dengan sentuhan Sultan lalu menjawab, "Patik dah kata, perkara kecil macam ni, patik serahkan pada anak murid patik saja untuk selesaikan. Oleh kerana semua soalan sudah dijawab, patik berdua mohon diri untuk pulang ke rumah." mohon Abu Nawas untuk segera pulang takut-takut Sultan masih ingin bertanya soalan bonus. Sultan yang berpuas hati dengan jawapan si pengembala kambing tersebut lalu mengizinkan kedua-duanya pulang.

Apabila Abu Nawas & si pengembala beredar dari istana, pegawai-pegawai istana yang sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui apa yang ditanya sultan, terus bertanya kepada Sultan mengenai soalan-soalan yang telah diajukan kepada si pengembala tadi.

Sultan menjawab, "Beta katakan kepadanya segala urusan kehidupan agama berpaksi kepada konsep Tauhid dengan menunjukkan kepadanya isyarat SATU. Murid Abu Nawas menjawab, kalimahnya DUA yakni la ilaha illallah & Muhammad al-Rasulullah."

"Kemudian, beta katakan kepadanya seluruh alam ini milik Allah SWT dengan memberi isyarat bulatan besar & murid Abu Nawas menunjukkan penumbuknya tanda bersetuju bahawa seluruh alam ini berada dalam genggaman Allah SWT."

"Beta juga katakan kepadanya dunia ini bulat macam telur ayam & murid Abu Nawas menambah bumi ini terdiri daripada tujuh lapisan seperti kelopak-kelopak bawang itu."

"Beta tak sangka Abu Nawas mempunyai seorang murid yang sedemikian handal. Kalau begitulah kedudukan anak muridnya, tentu kehebatan Abu Nawas lebih terserlah lagi." Semua pegawai istama mengangguk-angguk kepala masing-masing tanda bersetuju dengan kenyataan Sultan.

Abu Nawas pula, setelah beredar dari istana, terus bertanya kepada si pengembala kambing, "Sahabatku, tadi Sultan tanya apa?" Si pengembala lantas menjawab, "Taka ada apa, perkara kecil saja. Dia mintak kepada aku seekor kambing dengan menunjuk isyarat SATU, aku katakan kepada Sultan, 2 ekor pon boleh, dengan menunjukkan isyarat DUA jariku kepada baginda."

"Tapi, Sultan ternyata tamak, dia minta semua kambingku melalui isyarat BULATAN BESAR dengan kedua-dua tangannya. Maka aku katakan, mana boleh! dengan menunjukkan isyarat penumbuk kepada Sultan."

"Sultan apabila melihat aku agak tidak selesa dengan permohonannya itu cuba bergurau dengan aku. Baginda mengambil sebiji telur ayam & mengatakan telur ini sedap kalau digoreng. Aku menjawab, kalau telur itu dicampur dengan bawang lagi sedap, dengan menunjukkan seulas bawang kepada baginda."

Abu Nawas terpegun dengan jawapan sahabatnya sambil berterima kasih kepadanya. Sahabat ini telah berjaya menyelamatkan dirinya..Namun, jauh di sudut hatinya, Abu Nawas yakin doanya telah dimakbulkan Allah SWT.

5 Kalimat yang Diucapkan oleh Barang yang Kita Sedekahkan

Dari sayyidina Ali bin Abu Thalib, menerangkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda : "Barang yang di sedekahkan apabila sudah lepas dari tangan orang yang memberikan, ketika akan di terima oleh orang yang menerima, dia mengucapkan 5 kalimat " :

1. Aku adalah barang yang kecil lagi sedikit nilainya, sedang engkau telah membesarkan aku di hadapan Allah.

2. Aku semula barang yang hanya sedikit, sedang engkau telah menjadikan sesuatu yang banyak dalam pandangan Alloh SWT.

3. Aku semula adalah musuhmu, sedang engkau telah menjadikan aku sebagai teman karib.

4. Aku semula adalah barang yang mudah rusak, sedang sekarang engkau telah mengabadikan aku.

5. Aku semula engkau jaga dari pencuri, sedang sekarang aku menjagamu dari amuk api neraka....

Subhanallah.

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalamamal perbuatanmu itu ada kekurangan :· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu(muslimin).

· Bacalah Al-Qur'an

· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkandosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatanakhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orangtakut kepada perangaimuyang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang
berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yangakan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dananjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."


Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadapkeadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagiorang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."




6 Pertanyaan Imam Al Ghozali Kepada Anak Muridnya

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghozali bertanya,
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang ke dua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab Negara China, bulan,matahari,dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu". Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ke tiga."Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawah gunung,bumi,dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf: 179). Maka dengan itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, agar jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan ke empat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan semua benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH"(Al Ahzab72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak biasa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang ke lima adalah,"Apa yang paling ringan didunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

JANGAN MENYIKSA DIRI

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya. Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?" Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki." Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji. Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. 
 
Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?" Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki." Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : "Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk slam dan akan ikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. 

Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Kisah Rasulullah Saw Bersama Muaz R.a

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!"

Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin."

Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

"Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang
mengumpat".

"Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain."

"Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,

"Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini."

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata,

"Saya ini penjaga sum'ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya'."

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan,

"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."

"Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?" "Laknat-Ku tetap padanya."

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata,"Tetaplah laknat Allah kepadanya
dan laknat orang yang melaknat."

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?"

Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."

Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain."

"Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia."

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"

Jawab Rasulullah SAW,

"Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka."

4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat�..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya�..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM �tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

�Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.� (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita�wallahua�lam

Saiyidatinah Fatimah, Penghulu Wanita Syurga

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Wangi Harum Masyithah

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya,"Ya Jibril, bau harum apakah ini?"
Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya."

Saya bertanya, "Bagaimana bisa demikian?"

Jibril bercerita,"Ketika dia menyisir rambut putri Fir'aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca "Bismillah (dengan nama Allah)."

Putri Fir'aun berkata,"Hai, dengan nama bapakku?"
Masyithah berkata,"Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu."
Putri Fir'aun bertanya,"Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?
Wanita tukang sisir itu menjawab,"Ya."
Anak putri Fir'aun berkata, 'Akan aku laporkan pada ayahku.'
Wanita tukang sisir menjawab, 'Silahkan!'

Putri Fir'aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir'aunpun kemudian memanggil Masyithah.
Fir'aun bertanya,"Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?"
Masyithah menjawab,"Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."

Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.

Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir'aun,"Saya mempunyai satu permohonan."
Fir'aun menjawab,"Katakanlah."
Masyithah berkata,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan."
Fir'aun menjawab,"Akan aku penuhi permintaanmu."

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,"Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat." Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma'uz Zawa'id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza'. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir'aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

IBROH (Pelajaran yang dapat dipetik):

1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.
2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.
3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang niscaya memperoleh pahala dan gan�jaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."
4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagai�mana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir'aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.
5. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.
6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang shalih dan shalihah.
7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

19 Hadis Rasulullah Tentang Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wanita Melintas Batalkan Solat [Sahih atau Daif]

Tiga perkara yang membatalkan solat seseorang jika mereka berjalan di hadapan seseorang yang sedang solat, iaitu wanita, keldai atau anjing hitam adalah benar. Dari Abu Zar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang daripada kamu berdiri untuk solat,hendaklah ia meletakkan sutrah (penghadang) jika dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan penghalang dihadapannya. Jika dia tidak mempunyai sesuatu yang boleh menghalangnya untuk diletakkan di hadapannya, makasolatnya tidak sah jika seekor keldai, atau seorang wanita atau seekor anjing hitam melintas di hadapannya.

Aku (Abdullah) telah bertanya, ‘Wahai Abu Zar, apakah perbezaan di antara seekor anjing hitam dan anjing merah atau kuning? Beliau menjawab : Wahai anak lelaki saudaraku, aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w soalan yang sama, dan baginda menjawab: anjing hitam adalah syaitan.” (Riwayat Muslim, no.510)

Namun, hukum ini hanya melibatkan situasi di mana jika salah satu daripada tiga perkara ini melintasi imam atau di hadapan yang sedang solat bersendirian dan bukan sewaktu mereka melintasi laluan di antara saf di dalam solat berjemaah. Abdullah bin Abbas r.a berkata, “Pada suatu hari, aku menunggang seekor keldai betina dan ketika itu aku telah baligh. Rasulullah s.a.w sedang mengimamkan solat di Mina, tanpa apa-apa binaan di hadapannya. Aku telah melintasi sebahagian saf, aku telah turun dari keldai lalu melepaskannya ke padang ragut, lalu aku menyertai saf dan tiada sesiapa yang menghalang aku
daripada berbuat demikian.” (Riwayat Bukhari, no. 472 dan Muslim, no. 504)

Hadis ini telah menjelaskan hujah kami di mana sesiapa yang solat di belakang imam tidak perlu meletakkan sutrah, tidak menjadi masalah bagi apa-apa sekalipun yang melintas dihadapannya, terutamanya ketika dijelaskan yang Ibn ‘Abbas r.a telah melintas di hadapan mereka dengan menunggang keldainya. Sutrah adalah benda yang harus diletakkan di hadapan seseorang yang solat bersendirian atau berjemaah. Bagi solat berjemaah, cukup imam sebagai sutrah mereka. Manakala, bagi solat bersendirian, seseorang itu perlu meletakkan sesuatu di hadapannya. Seperti solat di belakang tiang, kayu yang panjang, buku dan sebagainya. Jarak antara sutrah dengan orang yang bersolat ialah tiga hasta. Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Jika salah seorang daripada kamu sedang solat, dia tidak boleh membenarkan sesiapa pun melintas di hadapannya. Dan dia hendaklah menolaknya setakat yang dia mampu dan jika dia tetap berkeras mahu lalu di hadapannya maka lawanlah dia, kerana dia sebenarnya adalah syaitan.” (Riwayat Bukhari, no. 487 dan Muslim, no. 505)

Makruh berjalan di hadapan seseorang yang sedang solat bersendirian tanpa sutrah. Hukum yang sama boleh
diaplikasikan bagi imam jika solat tanpa meletakkan sutrah. Berhubung dengan mereka yangsolat di belakang imam pula, ia tidak menimbulkan masalah apa sahaja yang melintas di hadapannya, seperti manatiada masalah jika melintas di belakang sutrah yang diletakkan di hadapan imam atau seseorang yang solat bersendirian. Imam menjadi sutrah bagi makmum yang solat di belakangnya.

Berdasarkan hujah ini, tidak perlu menolak sesiapa yang lalu di hadapannya jika dia sedang solat di belakang imam. Orang yang melaluinya itu tidak berdosa sekiranya dia mempunyai sebab. Menolak dan menghalang seseorang daripada lalu di hadapan orang yang sedang solat mestilah dilakukan oleh imam atau sesiapa

Sumber majalah-i.karangkraf.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...