Tiga perkara yang membatalkan solat seseorang jika mereka berjalan di hadapan seseorang yang sedang solat, iaitu wanita, keldai atau anjing hitam adalah benar. Dari Abu Zar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang daripada kamu berdiri untuk solat,hendaklah ia meletakkan sutrah (penghadang) jika dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan penghalang dihadapannya. Jika dia tidak mempunyai sesuatu yang boleh menghalangnya untuk diletakkan di hadapannya, makasolatnya tidak sah jika seekor keldai, atau seorang wanita atau seekor anjing hitam melintas di hadapannya.
Aku (Abdullah) telah bertanya, ‘Wahai Abu Zar, apakah perbezaan di antara seekor anjing hitam dan anjing merah atau kuning? Beliau menjawab : Wahai anak lelaki saudaraku, aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w soalan yang sama, dan baginda menjawab: anjing hitam adalah syaitan.” (Riwayat Muslim, no.510)
Namun, hukum ini hanya melibatkan situasi di mana jika salah satu daripada tiga perkara ini melintasi imam atau di hadapan yang sedang solat bersendirian dan bukan sewaktu mereka melintasi laluan di antara saf di dalam solat berjemaah. Abdullah bin Abbas r.a berkata, “Pada suatu hari, aku menunggang seekor keldai betina dan ketika itu aku telah baligh. Rasulullah s.a.w sedang mengimamkan solat di Mina, tanpa apa-apa binaan di hadapannya. Aku telah melintasi sebahagian saf, aku telah turun dari keldai lalu melepaskannya ke padang ragut, lalu aku menyertai saf dan tiada sesiapa yang menghalang aku
daripada berbuat demikian.” (Riwayat Bukhari, no. 472 dan Muslim, no. 504)
Hadis ini telah menjelaskan hujah kami di mana sesiapa yang solat di belakang imam tidak perlu meletakkan sutrah, tidak menjadi masalah bagi apa-apa sekalipun yang melintas dihadapannya, terutamanya ketika dijelaskan yang Ibn ‘Abbas r.a telah melintas di hadapan mereka dengan menunggang keldainya. Sutrah adalah benda yang harus diletakkan di hadapan seseorang yang solat bersendirian atau berjemaah. Bagi solat berjemaah, cukup imam sebagai sutrah mereka. Manakala, bagi solat bersendirian, seseorang itu perlu meletakkan sesuatu di hadapannya. Seperti solat di belakang tiang, kayu yang panjang, buku dan sebagainya. Jarak antara sutrah dengan orang yang bersolat ialah tiga hasta. Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Jika salah seorang daripada kamu sedang solat, dia tidak boleh membenarkan sesiapa pun melintas di hadapannya. Dan dia hendaklah menolaknya setakat yang dia mampu dan jika dia tetap berkeras mahu lalu di hadapannya maka lawanlah dia, kerana dia sebenarnya adalah syaitan.” (Riwayat Bukhari, no. 487 dan Muslim, no. 505)
Makruh berjalan di hadapan seseorang yang sedang solat bersendirian tanpa sutrah. Hukum yang sama boleh
diaplikasikan bagi imam jika solat tanpa meletakkan sutrah. Berhubung dengan mereka yangsolat di belakang imam pula, ia tidak menimbulkan masalah apa sahaja yang melintas di hadapannya, seperti manatiada masalah jika melintas di belakang sutrah yang diletakkan di hadapan imam atau seseorang yang solat bersendirian. Imam menjadi sutrah bagi makmum yang solat di belakangnya.
Berdasarkan hujah ini, tidak perlu menolak sesiapa yang lalu di hadapannya jika dia sedang solat di belakang imam. Orang yang melaluinya itu tidak berdosa sekiranya dia mempunyai sebab. Menolak dan menghalang seseorang daripada lalu di hadapan orang yang sedang solat mestilah dilakukan oleh imam atau sesiapa
Sumber majalah-i.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment