IMAM GHAZALI DAN PEROMPAK

Suatu hari, rombongan Imam Ghazali diserang perompak. Beliau berkata, "Ambil apa sahaja tetapi jangan ambil beg ini." Para perompak itu terus menyelongkar begnya tetapi mendapati beg itu hanya dipenuhi kertas. "Apa ini?? Ini yang kamu katakan barang berharga??" Soal ketua perompak. "Ini adalah catatan-catatan ilmu yang aku pelajari dari guru-guruku selama bertahun-tahun ini. Jika kamu merampasnya, hilanglah ilmu yg aku pelajari selama ini." 

Lantas, perompak itu menjawab, "Kalau begitu kamu adalah orang paling bodoh. Catatan yang kamu tulis itu bukan ilmu jika kamu tidak memahami dan mengingatinya. Bagaimana kalau aku rampas kertas-kertas ini? Ini bermaksud ilmumu boleh dicuri." Kata-kata ketua perompak itu membuatkan Imam Ghazali terpegun. Ketua perompak itu telah secara tidak langsung mengajarnya tentang ilmu. Mulai saat itu, Imam Ghazali menghafal dan memahami kembali semua ilmu yang dipelajarinya, supaya ia bukan sekadar catatan ilmu, tetapi menjadi ilmu yang boleh diamalkannya.

Wallahu a'lam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...