Amalan Sunnah Yang Makin Dilupakan

Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW samada perkataan, perbuatan mahupun persetujuan. Sunnah juga bererti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak pula berdosa jika meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin masakinin adalah :-

1. Mendahulukan Kaki Kanan

Ketika menyarungkan kasut disunatkan mendahulukan sebelah kanan dan akhiri dengan sebelah kiri. Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW “Jika kalian memakai kasut maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri, jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Menjaga Dan Memelihara Wudhu

Sebagai seorang muslim kita juga digalakkan berada di dalam keadaan berwudhu’. Orang yang menjaga wudhu’nya sangat disukai Allah. Nabi Muhammad juga ada bersabda “Istiqamahlah kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahwa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wudhu’nya kecuali seorang mukmin.” (Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah).

3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)

Diriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Siwak dapat membersihkan mulut dan untuk mendapatkan redha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i).
Seterusnya Rasulullah SAW juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

4. Berkumur-Kumur Dan Menyedut Air ke Hidung

Lazimnya, berkumur-kumur dan menghisap air ke hidup dengan satu sedutan di telapak tangan ketika berwudhu’. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid RA bahawa Rasulullah SAW berkumur-kumur dan menyedut air ke hidung bersamaan satu cedok air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

5. Sujud Syukur Ketika Mendapat Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana

Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan dari Abu Bakrah RA iaitu “Jika Rasulullah SAW mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan khabar gembira maka beliau terus sujud dalam keadaan bersyukur kepada Allah.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

6. Berlumba-Lumba Untuk Melaungkan Azan, Bersegera Bersolat Serta Berusaha Mendapatkan Saf Hadapan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Andaikata umat manusia mengetahui pahala di sebalik azan dan berdiri pada saf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu niscaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isya’ dan subuh secara berjemaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...