Said bin Amir dilantik sebagai Gabenor Syam

Khalifah Umar al-Khattab mahu menggantikan Gabenor Syam yang sedia ada dan pengganti yang dipilihnya ialah Said bin Amir Al-Jumahi.

“Aku ingin melantikmu menjadi Gabenor,” kata Umar kepada Said pada suatu hari.

“Janganlah kau meletakkan aku ke dalam fitnah, wahai Amirul Mukminin. Kamu meletakkan amanah ini di leherku kemudian kamu meninggalkan aku seorang diri,” balas Said yang mahu menolak tawaran itu.

Terdetik dalam fikiran Umar bahawa Said memerlukan gaji diatas pelantikan itu.“Kalau begitu, aku beri gaji sebagai Gabenor apabila engkau dilantik,” kata Umar

“Allah telah memberiku rezeki yang cukup, bahkan lebih dari yang kuinginkan,” kata Said yang menunjukkan sikap zuhudnya dan menolak dari menerima gaji. Akhirnya dia menerima tawaran itu biarpun dia tahu itu adalah tugas yang berat.

Pada hari yang ditetapkan, Said dan isterinya berangkat ke Syam dari Mekah bagi memulakan tugasnya itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...