DOA KETIKA BERADA DI PADANG ARAFAH

BismillahirRahmanirRahim / بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya aku pohon akan dikau dengan kemuliaan zatMu, dengan kemurahanMu yang kekal abadi, dengan segala namaMu yang Maha Besar, dengan apa yang diturunkan ke atas nabiMu Muhammad s.a.w. dan sekalian saudaranya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul serta keluarganya, sahabat-sahabatnya dan sekalian pengikut mereka daripada golongan ulama' yang beramal, wali yang soleh.

Dengan kehormatan pada hari yang mulia ini bahawa Engkau memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., bahawa Engkau ampunkan kami, kedua ibubapa kami, sekalian kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat handai kami, mereka yang berbuat baik kepada kami, mereka yang mempunyai hak atas kami, mereka yang kami zaliminya atau menyakitinya dan kepada sekalian orang Islam lelaki dan perempuan samada yang hidup atau yang mati.

Engkau memberi rezeki dan kebajikan kepada kami dan mereka itu di dunia dan diakhirat dan Engkau peliharakan kami dan mereka dari segala bencana, Engkau jauhkan malapetaka dunia dan akhirat.

Engkau kurniakan kepada kami dengan ilmu pengetahuan yang berguna dan amalan yang soleh, Engkau pelihara kami daripada perbuatan jahat samada daripada manusia, jin, binatang buas dan lain-lainnya. Engkau matikan kami dan mereka itu di dalam husnul khaatimah.

Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia dengan kebaikan, diakhirat juga dengan kebaikan. Peliharalah kami dari azab neraka, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya, sahabat-sahabatnya.

Maha Suci Engkau ya Allah daripada segala sifat kekurangan. Salam sejahtera ke atas sekalian rasul dan segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam.


SUMBER : 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...