Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah
rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang
yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi katakata,
"Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun
yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum
datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh
badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang
sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke
rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu.
Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan
bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan
perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati
sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau
tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi
wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar
kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh
diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah
bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus
asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara
keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan
Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi
bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun
meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat
bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu
dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara
berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa
kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat
orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.
Jangan.jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja
dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa
dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam
tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya." Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan
berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari
pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan - peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang
memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh
orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan
bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
1 comment:
Suka baca cerita2 macam ni..banyak pengajaran..
Post a Comment