Membawa fikir agama di mana-mana...

Semasa kecil dulu, ada seorang ceritakan kisah seorang peniaga yang baru berhijrah ke tempat yang baru. Setelah selesai urusan tempat tinggalnya, peniaga tersebut mula mencari pasar malam tempat dia berniaga dan semuanya dipermudahkan dalam urusan tersebut.

Menjadi satu kerisauan bagi diri dia ialah surau/masjid terlalu jauh dari pasar tersebut dan dia sendiri mengerjakan solat sendirian ketika masuk waktu. Oleh kerana sudah biasa mengerjakan solat secara berjemaah, pada satu malam ketika dia berniaga, dia mengambil keputusan untuk tebalkan muka dengan melaungkan azan ketika masuk waktu.

Di situlah peniaga lain yang sebelum ini mengerjakan solat sendirian mula berjemaah dengan peniaga ini. Bermula dari jemaah yang kecil, dua tiga orang dan semakin lama bilangan yang ikut berjemaah semakin ramai sehingga satu lapangan dikhususkan menjadi ruang solat mereka.

Atas asbab adanya solat berjemaah ini di pasar malam, pihak berwajib mula mendirikan surau untuk kemudahan peniaga & pengunjung pasar malam tersebut. Semuanya bermula dari fikir agama si peniaga tadi yang menjadi asbab hidayah kepada peniaga di sana...

Kerana itulah penting bagi setiap umat Islam ada fikir agama walau di mana dirinya berada...

Oleh Ustaz Uthman Daud حفظه الله

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...