Jika di siang hari Ramadhan, Allah sediakan keampunan atas dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang berpuasa dengan penuh keimanan & pengharapan, pada malamnya pula Allah sedia menghapuskan dosa-dosa orang yang membangunkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT. MasyaAllah!
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata ketika memberi makna “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan” adalah menghidupkan malam-malamnya (Ramadhan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadhan adalah dengan solat Tarawih. [Lihat: Fath al-Bari, 4/251]
Menghidupkan malam Ramadhan adalah satu kesempatan istimewa yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pendamba cinta Allah dan RasulNya. Kerana disitu mereka mendapat ketenangan yang mungkin tak kan dapat ditemui di bulan-bulan lain.
Solat tarawih merupakan satu juzuk daripada menghidupkan atau mendirikan malam Ramadhan. Perbanyakkan ibadah-ibadah yang lain seperti solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, beristighfar dan lain-lain lagi. Ini semua termasuk di dalam menghidupkan dan mendirikan malam-malam Ramadhan.
1 comment:
Titanium Rod in Leg 1 - Titanium Art - TITanium Art
We used the titanium jewelry for piercings TINUM ODDS to titanium earring posts make samsung watch 3 titanium this 3 titanium razor piece piece. Rating: 4.9 · columbia titanium pants 7 votes
Post a Comment