Hukum asal memakai cincin adalah HARUS.
Jika memakai dengan niat untuk mengikuti sunnah
Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang
memakai cincin perak maka hukumnya adalah SUNNAH
dan diberikan pahalanya oleh Allah Ta’ala .
Bagi orang lelaki pula , memakai cincin, gelang dan
rantai dari emas adalah satu perkara yang HARAM
(ditegah oleh agama). Ini satu perkara yang telah
dimaklumi oleh hampir kesemua umat Islam.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah Bin Abbas
R.Anhu sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam telah melihat sebentuk cincin emas dijari
seorang pemuda,maka Baginda sallallahu alaihi
wasallam telah menanggalkannya dan membuang dan
bersabda,"Seseorang dari kamu telah mengambil batu
dari api neraka dan meletakkan ditangannya."
Bagi lelaki, pakai cincin tanpa batu permata adalah
makruh kerana menyerupai nasrani (kristian).
Cincin suasa juga haram dipakai oleh lelaki kerana
terdapat emas. Pendapat ini disokong dengan hujah:
Kalau makanan tom yam dicampur sedikit daging babi
(walaupun perasa babi) adakah boleh dimakan?
Apakah hukumnya?
Di jari mana?
ulama` juga berselisih pendapat bahawa di antara
tangan kanan dan kiri yang manakah yang lebih
utama.maka orang-orang terdahulu memakai cincin di
sebelah kanan begitu juga ramai yang memakai di
sebelah kiri.adapun di dalam mazhab hanafi adapun
kanan itu adalah leibh utama lantaran ianya
(memakai cincin itu adalah perhiasan) dan kanan itu
lebih mulia dan lebih berhak untuk perhiasan.
diriwayatkan oleh Anas R.Anhu juga katanya,"Nabi
sallallahu alaihi wasallam telah memakai cincin di sini
(lalu menunjukkan kepada jari manis di tangan
kirinya."(Muslim)
Hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari
telunjuk adalah dilarang oleh Nabi sallallahu alaihi
wasallam dan larangan tersebut bermaksud haram
pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula
berkata dengan makruh
Ali bin Abi Talib ra berkata :
"Rasullullah sallallahu alaihi wasallam melarang
memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."
Hadith Riwayat Muslim.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memakai cincin di
jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat.
Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan
Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin
Malek : “Adalah cincin Nabi sallallahu alaihi wasallam
dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada
kelingking jari kiri)”. Hadith Riwayat Muslim.
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam telah melarang saya
memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang
mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)”. Hadith
riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai.
Ijmak mengatakan bahawa adalah sunnah bagi orang
lelaki memakai cincin di jari manis dan wanita di
mana-mana jari sekalipun.Hikmahnya adalah jari
manis itu terhindar daripada tugas yang mencabar
lantaran kedudukannya di sebelah tepi. Makruh untuk
seseorang lelaki memakai cincin di jari hantu(tengah).
Batu permata yg haram ialah batu permata yg
berbentuk patung, haiwan dan manusia.
Daripada Saidina Anas r.a dia berkata : “ Sesungguhnya
cincin Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam itu
dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi”
~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh
{Sila rujuk ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN AL-
IMAM ABU DAUD (RH), Oleh : Al-Imam Al-Muhaddist
Abu Taiyyib Muhd Syamsul Haq al-‘Azim Abadi (rh),
Jilid ke-11, ms 213 .Terbitan:Darul Fikr, Beirut 1995}
.
Erti “ habasyi “ di dalam hadist di atas ialah sejenis
batu berwarna hitam yang dikenali sebagai ‘AQIQ .
Selain itu suka saya nyatakan di sini , di antara batu-
batu yang dijadikan sebagai perhiasan (batu) cincin
itu ada yang mempunyai KHASIATNYA .
Ini merupakan
salah-satu tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala .
Khasiatnya pula ada berbagai bergantung kepada
jenis batu ataupun kayu yang dijadikan batu cincin
itu .
Ada diantaranya mampu (dengan izin Allah Ta’ala
pastinya) merawat demam , menawarkan racun ,
menyejukkan tubuh .
Ada pula yang digunakan dengan cara merapatkan
batunya dengan jari si pemakainya agar terasa kesan
(khasiat) batu itu , seperti ia mampu menstabilkan
sistem dalaman badan seseorang .
Itulah di antara khasiat batu cincin . Khasiat ini
bukanlah satu perkara yang pelik dan bukanlah pula
sesuatu yang ganjil memandangkan batu-batu cincin
itu sendiri ada yang berasal daripada gali-galian bumi
dan ada pula yang berasal drp pokok-pokok yang
berkhasiat .
No comments:
Post a Comment