KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala
Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-
Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah
dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun
mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula
berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala
ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli
ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap
malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi
Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat
faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang
remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka
Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang
telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi
bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita
jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa
sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.




1 comment:

larisi.com said...

Tq bro, byk info kt sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...