Di dalam Kitab Ubad karangan Al-Fadhil Ahmad bin Sulaiman Kamal Basha telah mencatatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya untuk bersenda gurau ketika mahu bersenggama mahupun selepasnya. Berikut dicatatkan beberapa pengajaran tentang senda gurau.
Apabila seorang lelaki hampir kepada isterinya hendaklah dia menyukakan isterinya dengan bersenda gurau kerana pahalanya besar dan banyak faedahnya. Menurut Jabir r.a. Rasulullah s.a.w. itu bersenda bergurau terlebih dahulu sebelum jima'. Menurut ahli tabib jika jima' tanpa bersenda gurau maka anak yang bakal dilahirkan itu perangainya jahat dan buta hatinya. Seperti sabda Nabi s.a.w. yang bererti bahwa tanda gelap hati lelaki ialah bahawa dia jima' tanpa bersenda gurau dan inilah kelakuan seperti orang tuli.
Digugurkan (dosa mukmin dan isterinya dengan sebab dia bersenda gurau sebelum jima dan akan dikurniakan rezeki yang halal. Rasulullah s..a.w. sendiri menghisap lidah isterinya ketika berjima' dan inilah kelakuan sempuma insan yang dapat menyukakan perempuan dan sunnah. Jimaklah dengan perlahan-lahan hingga terhasil maksudnya serta maksud isterinya. Rasulullah juga berpesan agar kita jangan berhenti jima' hingga inzal isteri.
Menurut Imam Ghazali di dalam lhya Ulumiddin, jika seorang suami itu telah inzal dahulu maka janganlah dia berhenti hingga isterinya pula inzal kerana jika tidak dilakukan sedemikian maka kemungkinan isteri akan keras hati dan tiada mengasihi. Semasa suami itu berhenti kerana telah inzal sedangkan isterinya belum' inzal, si isteri sedang asyik kemudian merasa malu untuk menyatakan kehendaknya agar diteruskan dayungan, sebagaimana sabda Rasulullah yang ertinya dilebihkan oleh Allah Ta'ala atas perempuan itu daripada lelaki sembilan puluh sembilan bahagian daripada kesedapan tetapi dianugerahkan oleh Allah Taala bagi perempuan itu perasaan malu.
Apabila seseorang itu jima' maka janganlah dipandang kepada faraj isterinya kerana dia akan merasa malu, jangan berkata-kata terlalu banyak ketika jima' dan tetapkanlah kedudukan diri serta isteri.
Rasulullah s.a.w. menutup kepalanya ketika jima' dan menahan suaranya dan menutup tubuhnya dan tubuh isterinya. Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita tidak melebihkan diri sendiri ketika jima' tanpa memperdulikan isteri kerana itu ibarat sifat kaldai, dan hendaklah ada sesuatu antara suami dan isteri itu, dan apabila baginda ditanya oleb sisahabat apakah yang dimaksudkan itu maka baginda menjawab bahawa itulah ciuman dan senda gurau.
Menurut Jaafar bin Qais, jika kita mahu dikasihi oleh isteri maka hendaklah bersenda gurau, dengannya sebelum jima'. Demikian secara terperinci tertib bersenda gurau di dalam Islam
yang digali dari perbuatan Rasulullah s.a.w. sendiri untuk panduan.
No comments:
Post a Comment