SAAT Arab belum tersentuh Islam, ketidakmampuan
membalas dendam dianggap sebagai pertanda nasib
buruk.
Adalah Imru al-Qais, seorang penyair mu'alliqat
tersohor di zamannya.
Syahdan lelaki ini menaruh dendam
atas Bani Asad. Pasalnya, kabilah ini berbuat kesalahan
yang sangat teruk; mereka telah membunuh ayahnya.
Berbekal tiga anak panah undian, ia pun pergi mencari ilham di tempat pemujaan berhala Dzul Khulashah.
Masing-masing anak panah akan menentukan satu di
antara tiga pilihan: "balas secepatnya, tunda, dan
undurkan."
Sesampainya di depan Dzul Khulashah, segera ia
mengundi. Tapi malang, berkali-kali ia melempar anak panah;
yang keluar selalu 'undurkan (jangan) balas dendam.' Merasa kesal niatnya tak kesampaian, tiga batang anak panah itu
pun dipatahkannya.
Kerana amat kesal, dilemparkannya
anak panah itu ke muka Dzul Khulashah sambil berteriak
marah, "Bedebah! Kalau saja ayahmumu yang dibunuh,
kau pasti tak melarang balas dendam!" []
Kredit M. Ebrahim Khan
No comments:
Post a Comment