Lenyapkan mitos stereotaip etnik

Toleransi adalah perkataan yang tidak sesuai digunakan bagi menggambarkan bagaimana memahami kepelbagaian budaya kerana ia adalah penerimaan kepada orang lain tetapi dalam keadaan terpaksa.

Maknanya, kita mungkin tidak suka dengan budaya atau nilai diamalkan sesuatu bangsa tetapi menyesuaikan diri atas dasar terpaksa. Sebaiknya, hidup dalam masyarakat pelbagai budaya bukan berasaskan toleransi tetapi sifat menghargai dan menghormati. Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Profesor Madya Sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS), Prof Dr Syed Farid Alatas, berkata berapa ramai bukan Islam boleh tahan dengan kedudukan kereta yang diletakkan berlapis di sekitar masjid setiap Jumaat.

Bagaimanapun, suka atau tidak keadaan itu perlu diterima kerana ia sebahagian daripada kepelbagaian budaya dan agama di negara ini. Malaysia katanya, bukan negara diasaskan pada orientasi kepelbagaian budaya tetapi memiliki banyak budaya.

“Cabaran sebenar memahami kepelbagaian budaya ialah menerima perbezaan. Oleh itu, cara terbaik ialah menghormati bangsa lain bukan bertolak ansur,” katanya yang menyampaikan ceramah ‘Dialog, Fahaman Pelbagai Budaya dan Perpaduan Negara’ anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS).

Beliau turut menjelaskan dua faktor yang menjadi pemisah kepada perpaduan iaitu stereotaip etnik serta tindak-tanduk dan kenyataan politik.

Stereotaip kekal

Prof Syed Farid berkata, stereotaip yang tidak pernah diubah menyebabkan persepsi terhadap bangsa lain kekal walaupun secara umumnya mereka tidak akan menyatakan nilai negatif dikaitkan dengan sesuatu bangsa itu secara terbuka.

Katanya, keadaan dikeruhkan lagi oleh kenyataan politik serta tindakan ahli politik yang tidak memberi gambaran jelas mengenai sesuatu isu hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

Beliau memberi contoh perbahasan mengenai pelaksanaan undang-undang hudud yang menyebabkan ketegangan disebabkan wujud pelbagai pandangan daripada orang di sekeliling hingga menghakis semangat menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat.

“Kini agama dan budaya bukan masalah, tetapi politik yang menjadi masalah. Konflik budaya juga disebabkan politik kerana kebanyakan isu dipengaruhi oleh kepentingan politik. Seperti Malaysia, stereotaip sudah wujud maka mudah untuk mencetuskan sentimen,” katanya.

Sebagai kaedah menanamkan semangat memahami kepelbagaian budaya, beliau menyarankan dilakukan transformasi sistem pendidikan yang menggalakkan kefahaman kepelbagaian budaya bagi melenyapkan mitos stereotaip etnik yang tertanam sejak dulu.

Prof Syed Farid berkata, sistem pendidikan tidak memberi gambaran sebenar termasuk menerangkan kepada pelajar sesuatu perkara daripada perspektif berbeza dan bagi tujuan itu, banyak perlu dilakukan.

“Kita tidak menerangkan kepada pelajar situasi sebenar. Apabila pelajar diajar Matematik, mereka tidak dimaklumkan mengenai sumbangan bangsa Cina dan India. Matematik bukan sumbangan orang Arab saja. Pelajar berhak tahu sesuatu perkara daripada perspektif lain,” katanya.

Sokong transformasi pendidikan

Beliau mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran melakukan transformasi sistem pendidikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar kerana tahap pendidikan Malaysia sepatutnya sudah setanding negara lain seperti Korea dan Taiwan.

Katanya, disebabkan terlepas pandang, sistem pendidikan negara gagal menjadi penyumbang utama kepada pembangunan peribadi yang menyumbang kepada pembangunan sosial dan negara.

Pandangan beliau itu dipersoalkan seorang peserta yang berpendapat sistem pendidikan negara sudah berjaya sementara pelajar kini lebih cenderung kepada media baru yang menjadi sumber rujukan.

Prof Syed Farid berkata, adanya media baru lebih menguatkan lagi mengapa sistem pendidikan perlu diperkasakan kerana tidak semua yang diperoleh daripada media baru seperti internet itu bagus.

“Kanak-kanak juga didedahkan kepada pendidikan formal terlebih dulu sebelum mereka kenal internet. Jadi penting mereka mendapat pendidikan formal yang mantap,” katanya.

Bagaimanapun, pada akhir ceramahnya, Prof Syed Farid membangkitkan mengenai keberkesanan program ceramah yang diadakan yang pada pandangannya tidak ke mana jika maklumat tidak disebarkan kepada umum dan pihak mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan.

Sumber: Berita Harian

Keldai yang bijak

Pada suatu ketika ada seekor keldai milik seorang petani tekah jatuh ke dalam sumur yang dalam dan kering. Binatang tersebut menangis dengan nyaring selama beberapa jam sementara itu si petani tersebut mencuba mencarikan jalan keluarnya. Namun akhirnya, dia memutuskan bahwa keldai itu sudah terlalu tua, sumur itu juga perlu ditutup, dan fikirnya menolong keldai tersebut merupakan suatu usaha yang sia-sia sahaja. Lalu dia mengundang jiran - jirannya untuk datang ke sumur untuk membantunya mengubur keledai tersebut di dalam sumur untuk menghentikan kesengsaraannya.

Mereka semuanya memegang pencedok dan mulai menimbunkan tanah ke dalam sumur. Pada awalnya, keldai tersebut menyedari apa yang sedang terjadi dan makin menangis dengan tangisan yang begitu memilukan. Tidak lama kemudian, semua orang menjadi tercengang kerana keldai tersebut tiba-tiba diam. Setelah beberapa timbunan kemudian, petani tersebut menjenguk ke dalam sumur dan begitu terkejut atas apa yang dilihatnya. Keldai tersebut melakukan suatu hal yang mengejutkan atas setiap tanah yang menimpa punggungnya. Keledai tersebut melepaskannya dengan menggoyangkan badannya dan lalu melangkah naik ke atas tanah yang telah jatuh.

Setiap kali mereka menjatuhkan tanah ke atas binatang tersebut, ia akan melepaskannya dan melangkah ke atasnya. Tidak lama kemudian, semua orang tercengang dan mengakui bahawa sang keledai telah memenangi perjuangan tersebut dengan melangkahi tepi sumur dan meloncat keluar!

Khutbah Jumaat: Anak biar ibu bapa hidup melarat

Fitrah kejadian manusia tidak dapat menafikan peningkatan usia dari hari ke hari. Suka atau tidak, kita seharusnya menerima hakikat bahawa setiap yang muda akan menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan oleh Allah SWT. Namun, persoalannya bukan usia yang menjadi pertaruhan kita, tetapi amalan dan pengorbanan yang kita lakukan selama ini yang menjadi hasil yang harus dinilai setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang bergelar seorang anak.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu diceraikan beliau menggantikannya sebagai suami dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesama sendiri dengan hasutannya”. (Riwayat Ad Dailami) Justeru, Islam mendidik umatnya supaya berbakti dan menghormati serta berbuat baik kepada orang tua.

Dalam erti kata mentaati mereka, menjaga adab sopan semasa berhadapan dengan mereka, memelihara dan mencurahkan kasih sayang dengan tulus dan ikhlas, tidak sekali-kali cuba menyakiti hati mereka, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Rasulullah SAW berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua bukan golongan Muslim sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Riwayat Al-Tabrani).

Sehubungan itu, sebagai seorang yang bergelar anak, kita wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa.

Hari ini, banyak kes penderhakaan zaman moden yang dilakukan oleh generasi muda kepada warga tua. Ada di kalangan mereka diabaikan, dibiar melarat di jalanan, mengemis dan didera.

Malah, pernah terjadi anak menyaman orang tuanya sendiri sehingga ke mahkamah serta sanggup membunuh disebabkan tamak kepada wang atau harta.

Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah kebajikan, walaupun pada dasarnya rumah kebajikan ini hanya disediakan kepada warga tua yang tidak mempunyai waris.

Pelakuan sebegini menandakan semakin ramai anak mengabaikan tanggungjawab dan penghormatan terhadap orang tua mereka.

Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa kehilangan nilai murni di kalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan bukan saja di negara kita malah seluruh dunia.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2012, seramai 2,020 penghuni di rumah kebajikan JKM. Daripada jumlah itu seramai 982 orang (48 peratus) adalah orang Melayu Islam dan 19 peratus daripada jumlah kemasukan ke rumah kebajikan adalah kes pengabaian serta dipinggirkan keluarga sendiri.

Sebanyak 26 peratus berkaitan masalah penjagaan dan tiga peratus berkaitan dengan masalah penderaan. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar ada di kalangan penghuni rumah kebajikan ini mempunyai anak-anak yang berjawatan tinggi, pensyarah, pegawai kerajaan, golongan profesional, akan tetapi mereka masih sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah kebajikan.

Membenci ibu bapa dan mengabaikan kasih sayang kepada mereka akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan adalah dosa besar.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu diceraikan beliau menggantikannya sebagai suami dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesama sendiri dengan hasutannya”. (Riwayat Ad Dailami)

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW. tentang dosa besar.

Sabda baginda: “Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya”. Tanyanya lagi: “Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?” Jawab Nabi SAW: “Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya”.

Apalah gunanya anak berpangkat besar, berjawatan tinggi, memiliki harta banyak sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan dosa disebabkan derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.

Kita harus sedar bahawa amal soleh yang banyak tidak mencukupi untuk kita mengabaikan tanggungjawab menjaga orang tua.

Pastinya hati mereka hancur dan air mata sedih akan menitis bila mereka mengenangkan anak-anak yang dibelai dari kecil bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa dan berjaya, mereka ditinggalkan dan diabaikan.

Janganlah kita menjadi seorang anak semasa kecil diberi susu, akan tetapi apabila dewasa membalasnya dengan tuba.

Sempena 1 Oktober yang diisytiharkan sebagai Hari Warga Emas Sedunia, mimbar menyeru kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengenangkan jasa dan pengorbanan warga ini yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Adanya Hari Warga Emas ini secara tidak langsung memberi ingatan kepada kita semua bahawa setiap manusia pasti akan melewati usia tua.

Justeru, mimbar juga menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap mereka.

Sebagai seorang anak menghormati dan berbakti kepada orang tua khususnya kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia, serta menjadi pemangkin utama ke arah membina masyarakat penyayang.

Ingatlah bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah pintu keredaan Allah SWT di dunia ini.

Khutbah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

KISAH SYAHID ABU UQAIL R.A

Dari Ja’far bin Abdillah bin Aslam berkata, “Tatkala Perang Yamamah berlangsung dan kaum muslimin berada di tengah medan perang, orang yang pertama kali mendapat luka adalah Abu Uqail. Dia terkena panah pada bagian antara kedua bahu dan dadanya namun tidak meninggal dunia. Kemudian panah itu dicabut sehingga pada siang hari tangan kirinya terasa lemah. Kemudian ia dibawa ke dalam kemah.

Ketika peperangan semakin memanas, umat Islam tampak mengalami kekalahan serta mulai melewati batas yang ditentukan, sementara itu Abu Uqail dalam kondisi lemah karena luka, tiba-tiba ia mendengar Ma’n bin Addy menyeru, ‘Wahai kaum Anshar, mohonlah pertolongan kepada Allah, mohonlah pertolongan kepada Allah, seranglah musuhmu!’

Ibnu Umar berkata, “Setelah mendengar seruan itu Abu Uqail berdiri untuk menemui kaumnya. Maka aku bertanya, ‘Apa yang kamu inginkan? Kamu tidak wajib menyerang!’

Abu Uqail menjawab, ‘Tadi ada seseorang memanggil namaku.’

Aku katakan kepadanya, ‘Orang yang memanggil itu mengatakan, ‘Wahai orang-orang Anshar, bukan memanggil wahai orang-orang yang terluka!’

Abu Uqail berkata, ‘Aku termasuk salah satu orang Anshar. oleh karena itu, aku harus menyambut seruannya sekalipun dengan merangkak.’

Abu Uqail Meninggal dengan Jari Menunjuk Ke Langit

Kemudian Abu Uqail memakai ikat sabuknya dan mengambil pedang dengan tangan kanannya seraya menyeru, ‘Wahai kaum Anshar, seranglah musuh sebagaimana dalam perang Hunain! Bersatulah kamu sekalian semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu. Majulah ke medan perang sebab kaum muslimin itu bersembunyi sekedar memperdayakan musuh, giringlah musuhmu sehingga masuk ke dalam kebun kemudian kamu membaur dengan mereka dan pedang-pedang kalian memenggal mereka.’

Aku perhatikan bagian-bagian tubuh Abu Uqail ternyata tangannya yang terluka telah lepas dari bahunya dan jatuh di medan peperangan. Pada tubuhnya terdapat 14 luka yang menyebabkan ia meninggal dunia. Saat itu musuh Allah, Musailamah telah terbunuh.

Aku berada di sisi Abu Uqail ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir. Aku memanggil namanya, “Wahai Abu Uqail! Dia menjawab, ‘Labbaik – dengan terbata-bata – siapa yang kalah?’ Aku menjawab, ‘Bergembiralah, musuh Allah terbunuh.’ Kemudian ia menunjuk ke langit dengan jarinya sambil memuji Allah lalu meninggal dunia. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...